Henin, Williams bakal bersemuka di medan  nal

0

Jaguh Belgium melangkah mudah ke perlawanan akhir, namun juara bertahan dipaksa bekerja keras

MELBOURNE, Australia: Justine Henin melengkapkan kepulangan hebat dalam sukan tenis apabila melangkah mudah ke fi nal Terbuka Australia semalam, sekali gus bersemuka dengan Serena Williams yang akan memburu kejuaraan kelima beliau di sini.Henin beraksi pada kejohanan Grand Slam pertamanya setelah 18 bulan ‘bersara’ dan meneruskan pencapaian memberangsangkan apabila menewaskan pemain bukan pilihan dari China, Zheng Jie 6-1 dan 6-0.

Williams juga menewaskan lawan dari China, namun dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas pemain pilihan ke-16, Li Na 7-6 (7/4) dan 7-6 (7/1) di Rod Laver Arena. Sejak mengumumkan kepulangannya ke sukan tenis, ada banyak cakap-cakap sama ada Henin mampu mengulangi kejayaan rakan senegaranya dari Belgium, Kim Clijsters, yang memenangi Terbuka Amerika (AS) selepas turut kembali daripada persaraan. Beliau mudah me-newaskan Zheng untuk terus berada di landasan menambah tujuh kejuaraan Grand Slam miliknya , termasuk kejuaraan di sini pada 2004.

“ Impian diteruskan . Saya akan menentang pemain nombor satu dunia yang juga juara bertahan,” kata pemain berusia 27 t ahun i tu, yang menjadi pemain wildcard pertama untuk melangkah ke fi nal di sini.

“Saya tidak pasti tentang apa perasaan saya di gelanggang dan bagaimana keadaannya. Saya hanya gembira bermain tenis dan mengambil langkah seterusnya ke hadapan. Saya tidak sabar untuk bermain di final… ia satu perasaan yang hebat.”

Ditanya sama ada beliau dengan serius menjangkakan akan melangkah sejauh ini, Henin mendedahkan bahawa beliau agak yakin selepas menempah tiket penerbangan pulang pada hari Ahad sebelum kejohanan ini bermula.

“Saya ingin tahu bagaimana perjalanan pengembaraan saya dan saya sangat gembira untuk kembali semula seperti ini,” kata beliau.

Henin sudah mengharungi lawan yang sukar untuk sampai ke final, termasuk mengenepikan pilihan kelima, Elena Dementieva dan pilihan ke-19, Nadia Petrova dari Rusia dan pemain muda berbakat Belgium, Yanina Wickmayer.

Namun demikian, ujian terbesar dalam kepulangannya ialah bertemu Williams yang bermain dengan cemerlang ketika ini dan memburu kejuaraan Grand Slam buat kali ke-12 untuk meletakkan dirinya sebaris dengan bintang legenda, Billie Jean King.

Williams bagaimanapun memerlukan lebih dua jam untuk menyingkirkan Li, dengan bintang China itu menyelamatkan empat mata akhir sebelum Williams menamatkan saingan dengan pukulan servis kencang.

“Saya gembira untuk menamatkan permainan, ia benar-benar sengit,” kata Williams.

“Saya tidak berada di tahap terbaik saya hari ini (semalam) tetapi saya masih bersaing, yang mana ia agak mengejutkan dan saya akan melakukan apa yang saya mampu untuk terus bermain.”

Serena, yang hampir tewas di suku akhir ketika menentang Victoria Azarenka, akan memburu kejuaraan ke-12 kejuaraan Grand Slam dan juga kejuaraan kelima di sini.

Beliau turut berharap untuk menjadi pemain pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan sejak Jennifer Capriati melakukannya pada 2002.

Namun begitu , Williams terpaksa berhempas pulas dalam kedua-dua set menentang lawan yang kelihatan tidak gelabah pada perlawanan separuh akhir pertamanya di kejohanan Grand Slam. Beliau memberikan saingan yang kuat sehingga ke akhir dan banyak belajar daripada perlawanan berprofail tinggi seperti ini. “ Saya tewas dan berasa agak sedih untuk menamatkan perjuangan di separuh akhir, tetapi saya bermain dengan baik hari ini (semalam),” kata Li.

“Saya fi kir saya harus berlatih lebih banyak, terutama pada pukulan servis saya.” — AFP