Site Last Updated 1:16 am, Sunday

Kastam guna anjing pengesan tempatan untuk menjimatkan kos

Posted on February 4, 2010, Thursday

PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini memilih untuk menggunakan anjing pengesan yang dibiakkan dalam negara bagi menjalankan tugas mengesan dadah kerana lebih menjimatkan.Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Md Hassim Pardi berkata kos seekor anjing pengesan dadah tempatan hanya kira-kira RM16,000 manakala kos yang diimport pula adalah sekitar RM32,000.

Keupayaan anjing tempatan juga adalah setanding dengan yang dibawa masuk dari luar negara, katanya kepada pemberita selepas menerima penyerahan lima ekor anjing baka Belgian Shepherd dan German Shepherd di sini semalam.

Pada masa ini terdapat 27 ekor anjing pengesan dadah dalam Kastam dan sebahagian besar adalah yang dibiakkan dalam negara, kata beliau.

Mengulas lanjut, Md Hassim berkata setiap ekor anjing pengesan dadah akan dibersarakan selepas 10 tahun berkhidmat.

Sementara itu ditanya mengenai pencapaian jabatan itu tahun lepas, Md Hassim berkata, sebanyak 60 kes tangkapan dadah dilakukan membabitkan nilai rampasan RM62 juta berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan 31 kes dengan nilai rampasan RM17.62 juta.

Bagi tempoh Januari lepas pula, Md Hassim berkata terdapat lima kes dengan nilai rampasan RM7.4 juta. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.