Warga emas mati setelah dilanggar sebuah van

0

MIRI: Seorang warga emas meninggal dunia setelah dilanggar oleh sebuah van di Jalan High Street di sini, pagi semalam.

MALANG: Mayat mangsa ditutupi dengan akhbar di tepi jalan High Street.

MALANG: Mayat mangsa ditutupi dengan akhbar di tepi jalan High Street.

Mangsa yang berusia 90 tahun, dikenali sebagai Tou Pin Chiang mengalami kecederaan serius di kepala akibat perlanggaran itu.

Kemalangan itu terjadi jam 8 pagi dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, mangsa dilanggar ketika sedang menyeberang jalan setelah membeli ikan dari pasar basah berdekatan.

Kejadian mengejutkan pengusaha dan penduduk yang berada di kawasan perniagaan itu, yang segera menghubungi pihak polis.

Polis tiba di tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Pemandu van yang melanggar mangsa membuat laporan di Balai Polis Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Pergaduhan kecil berlaku antara ahli keluarga mangsa dan polis kerana kelewatan kenderaan polis ke tempat kejadian, yang hanya tiba pada jam 9.30 pagi.

Pergaduhan berjaya dikawal oleh polis setibanya kenderaan polis yang kemudian membawa mayat mangsa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.