Warga Kpg Sg Nibong terseksa tanpa bekalan air, elektrik

PASIR PANDAK: Dahlan Zakaria, 68, bersama 13 keluarga lain di Kampung Sungai Nibong, terseksa selama 15 tahun tanpa bekalan air dan elektrik.

RISAU: Ismawati berharap hujan turun kerana bekalan airnya hampir habis.

RISAU: Ismawati berharap hujan turun kerana bekalan airnya hampir habis.

Beliau dan penduduk kampung yang lain cuma bergantung harap pada air hujan yang ditakung di dalam tong air dan ihsan saudara-mara serta mendapat tenaga elektrik daripada jana kuasa elektrik.

“Kami cuma berharap untuk mendapat bekalan air bersih untuk aktiviti seharian dan persediaan ketika musim kemarau Ogos ini,” katanya ketika ditemui semalam.

“Tahun lepas kami seisi rumah terkena penyakit chikungunya setelah dibekalkan air daripada pembekal dari Kampung Salak kerana tidak cukup bekalan air,” katanya sedih.

Dahlan menceritakan bagaimana dia dan keluarganya selama ini terpaksa mandi air masin di pantai berdekatan dan hanya mencurah segayung air hujan selepas mandi untuk rasa lebih bersih.

Katanya air dari Sungai Daun agak bahaya untuk digunakan kerana ia adalah habitat semula jadi buaya.

Penduduk kampung yang rata-ratanya nelayan pernah ditipu sebanyak dua kali sebanyak RM3,800 oleh orang yang tidak bertanggungjawab kononnya dari Lembaga Air Kuching (LAK).

Tambahnya mereka mendakwa mahu memasang paip ke kampung terbabit namun hampa setelah tiada apa yang dilakukan oleh pihak terbabit setelah menunggu berbulan-bulan lamanya.

Dahlan bagaimanapun tidak pernah melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis kerana mengharapkan ada pihak yang akan dating membantu.

Pada masa yang sama,Ismawati Harun, 33 berkata pernah sekali wakil rakyat kawasan terbabit memaklumkan untuk membekalkan para penduduk dengan jana kuasa elektrik tetapi tiada tindakan selepas itu.

“Surau kampung ini juga tidak mempunyai bekalan air, susah kami mahu berwuduk… kadangkala kami terpaksa sedekahkan air kepada orang luar yang dating bersembahyang, tetapi kami pula tiada air selepas itu,” katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi ketika dihubungi berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini sedang menjalankan randau dari kampung ke kampung untuk melihat permasalahan rakyat.

Beliau menafikan dakwaan pihaknya pernah menjanjikan apa-apa kepada penduduk kampung tetapi akan cuba membantu rakyat yang memerlukan.

Ketika ditanya adakah pihaknya akan menyalurkan bekalan air dan elektrik ke kampung terbabit secepat mungkin, Dr Abdul Rahman menyatakan bahawa kampung terbabit menghadapi masalah status tanah persendirian.

“Permasalahan ini telah saya ajukan beberapa kali namun tiada apa yang dapat dibuat kerana status tanah adalah milik persendirian dan bukannya swasta.

“Selagi tidak mendapat sebarang persetujuan daripada mereka, kami tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata rombongannya termasuk daripada Jabatan Tanah dan Survei dijangka melawat kampung terbabit pada Selasa depan untuk melihat masalah yang dihadapi rakyat dengan lebih dekat.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of