Site Last Updated 9:22 pm, Thursday

Latihan percuma untuk guru tadika swasta

Posted on July 3, 2010, Saturday

KUCHING: Kementerian Pelajaran menawarkan latihan untuk guru tadika swasta secara percuma bermula tahun ini.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata usaha tersebut adalah untuk menyediakan guru-guru ini dengan latihan yang mencukupi agar dapat menyampaikan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak.

“Kita buat ini sebab kita mahu bukan sahaja tadika kerajaan dapat memberi pendidikan bermutu kepada anak-anak kita, tetapi kita juga mahu tadika mahupun taska swasta memberi asuhan dan pendidikan berkualiti kepada anak-anak kita.

“Justeru dengan adanya kursus dan latihan guru, ini akan menjadi salah satu kriteria yang harus dipenuhi untuk membolehkan guru mengajar di sekolah tersebut,” katanya berucap merasmikan penutupan Hari Keluarga Majlis Pembangunan Wanita dan keluarga (MPWK) Mambong semalam.

Menurut beliau, latihan perguruan tersebut akan dijalankan selama enam minggu pada waktu cuti sekolah.

“Setakat ini kita telah mengambil 75 guru daripada taska mahupun tadika swasta di negeri ini yang berdaftar untuk memastikan mereka dilatih khas dalam pendidikan awal kanak-kanak dan diharpkan dapat memberi pendidikan dan asuhan yang berkualiti kepada anak-anak kita,” katanya.

“Itulah sebabnya sangat penting untuk mereka mendaftar kerana akan memudahkan kita memberi bantuan misalnya dari segi latihan,” katanya.

Menurut beliau kerajaan negeri telah menyediakan 4,046 tadika dengan jumlah 82,691 pelajar sejak awal tahun ini.

“Kerajaan amat menitikberatkan pendidikan awal kanak-kanak kerana pendidikan awal kanak-kanak merupakan permulaan penting untuk kanak-kanak dan sekiranya permulaan yang baik maka jaminan untuk masa depan juga lebih baik,” katanya.

Daripada 4,046 tadika tersebut, 1,151 adalah dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, 760 oleh KEMAS, 151 oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 1,874 adalah swasta dan 110 tadika SEDC.

Selain itu, menurut beliau 81 taska iaitu Taman Asuhan Kanak-kanak untuk kanak-kanak baru lahir hingga empat tahun telah dibuka di seluruh negeri.

“Penubuhan taska ini diharap agar dapat meransang minda anak-anak kita sejak mereka dilahirkan untuk mengetahui apa yang belaku di persekitaran kita selain memberi semangat pembelajaran seumur hidup kepada mereka,” katanya.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.