46 pelajar akan sertai Akademi Bola Sepak Miri

0

MIRI: Seramai 32 pelajar lelaki dan 14 pelajar perem­puan akan dipilih menyertai Akademi Bola Sepak Miri yang akan bermula selewat-lewatnya Oktober depan.

Jurulatih Persatuan Bola Sepak Miri (MiFA), Abu Bakar Amran memberitahu kesemua pelajar berkenaan dipilih selepas menunjukkan persembahan terbaik pada kejohanan futsal bawah 17 tahun lelaki dan wanita yang berakhir kelmarin.

“Kita sudah melihat corak pemain dan bakat pemain dalam kejohanan selama dua hari itu dan hasilnya kita te­lah memilih 46 pelajar untuk diserap masuk dalam program Akademi Bola Sepak,” ka­tanya semalam.

Menurutnya, akademi tersebut adalah yang per­tama ditubuhkan di Miri dan penubuhan akademi itu diharapkan mampu menjadi landasan dalam menyediakan barisan pemain yang berkual­iti dari segi tahap permainan dan disiplin.

“Kita menjangkakan akademi ini nanti bakal men­jadi medium untuk membek­alkan pemain bola sepak yang bukan sahaja sudah mempu­nyai asas dalam pemainan tetapi juga matang dari segi permainan,” katanya.

Ditanya tentang lokasi se­benar latihan akademi terse­but dijalankan, Abu men­jelaskan setakat ini pihaknya belum membuat keputusan untuk memilih lokasi lati­han memandangkan Miri kekurangan prasarana bola sepak yang lengkap.

“Pun begitu, kita mempun­yai tempoh percubaan selama tiga bulan untuk menjalankan program ini dan jika ianya mendapat reaksi positif dari semua pihak, maka kita akan terus memberi fokus kepada pembangunan bola sepak,” katanya.

Menurutnya, akademi berkenaan diharap dapat membekalkan pemain pelapis kepada skuad senior negeri memandangkan Sarawak masih memerlukan lebih ra­mai pemain muda berbakat.