Polis Selangor rampas dadah bernilai RM30 juta sejak Jan

KUALA LUMPUR: Sejak Januari lepas sehingga kini polis Selangor telah mer­ampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM30 juta yang cuba diseludup masuk menerusi negeri itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ACP Nordin Kadir berkata seramai 55 warga asing termasuk dari Iran, Singapura, China dan India juga diberkas kerana cuba menyeludup masuk dadah menerusi pintu masuk sekitar Selangor.

“Dadah yang dirampas termasuk ketamin, kokain dan syabu yang kita anggar berat keseluruhan kira-kira 90 kilogram. Warga asing yang diberkas pula berumur antara 20 dan 40 tahun. Tiga daripada mereka adalah wanita iaitu masing-masing dari Iran, Jepun dan China,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Nordin berkata pihaknya kini giat melakukan peman­tauan di semua pintu masuk di negeri itu termasuk di Lapan­gan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Terminal Pen­erbangan Tambang Murah dan Pelabuhan Klang.

“Kami juga mengesan pelbagai jenis taktik yang dilakukan untuk membawa masuk dadah ke negara ini, antaranya di dalam tangkai beg, botol spray, dalam minyak rambut, bungkusan makanan dan yang terbaru menggunakan ketuhar ‘mi­crowave’,” katanya.

Kaedah terbaru itu dikesan pada 9 Julai lepas apabila polis menahan seorang lelaki warga Iran berusia 27 tahun di KLIA, ketika cuba menye­ludup masuk dadah disyaki syabu seberat 4.15kg ber­nilai RM1.04 juta menerusi peralatan dapur tersebut. — Bernama

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of