RM100 juta untuk Jalan Lapok

Penantian lebih 50 tahun penduduk lihat jalan itu dinaik taraf kini akan menjadi realiti

1MALAYSIA: Najib bersama 50 murid dari Sekolah Kebangsaan Long Banga dan Long Lamai menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas menerima sumbangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sempena majlis pemimpin bersama rakyat di Long Banga kira-kira 360 kilometer dari Miri, semalam. Turut kelihatan ialah Hishammuddin (empat kiri), Jabu (enam kiri), Jacob (lapan kiri) Dr Chan (empat kanan) dan Shafie Apdal (tiga kanan). — Gambar Bernama

1MALAYSIA: Najib bersama 50 murid dari Sekolah Kebangsaan Long Banga dan Long Lamai menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas menerima sumbangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sempena majlis pemimpin bersama rakyat di Long Banga kira-kira 360 kilometer dari Miri, semalam. Turut kelihatan ialah Hishammuddin (empat kiri), Jabu (enam kiri), Jacob (lapan kiri) Dr Chan (empat kanan) dan Shafie Apdal (tiga kanan). — Gambar Bernama

LONG BANGA, Miri: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi menaik taraf Jalan Beluru-Lapok sekali gus menamatkan penderitaan ribuan penduduk Baram yang sekian lama menunggu.

Penduduk di Baram yang telah menunggu lebih 50 tahun untuk melihat jalan berkenaan tidak lagi berdebu ketika panas dan becak ketika hujan pastinya boleh tersenyum, justeru pengumuman oleh Perdana Menteri semalam telah disambut tepukan gemuruh oleh lebih3,000 rakyat di Ulu Baram yang hadir untuk majlis pemimpin bersama rakyat di Long Banga.

Para pemilik kenderaan juga sudah boleh menarik nafas lega kerana sebelum ini mereka terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyelenggara dan memperbaiki kenderaan kerana keadaan jalan yang kritikal.

“Saya akan pastikan projek ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh penduduk Baram berikutan keadaan jalan yang terlalu teruk,” kata Najib ketika mengumumkan khabar gembira itu di Long Banga, Ulu Baram kira-kira 10 jam perjalanan dari Miri melalui jalan balak.

Jalan Lapok sepanjang 42 kilometer antara Beluru dan pekan Lapok itu merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan lebih 1,000 penempatan etnik Orang Ulu, Iban dan Penan.

Menurut Najib langkah untuk menaik taraf Jalan Lapok ini sejajar dengan semangat 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’

Pada majlis yang sama, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM7.5 juta bagi menjalankan projek hidro mini (RM6 juta) dan akses jalan ke padang terbang (RM1 juta) dan RM500,000 lagi untuk Projek Klinik Bergerak Long Jekitan.

Beliau turut mengumumkan bantuan kewangan di bawah Skim Penanaman Semula Getah di Sarawak yang turut dinaikkan ke RM14,000 berbanding sekarang RM10,000.

“Semua peruntukan ini adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk memastikan rakyat di pedalaman tidak terus terpinggir dan sama-sama mengecapi pembangunan seperti di bandar,” katanya.

Terdahulu, ketibaan Najib serta rombongan menggunakan pesawat Black Hawk telah disambut dengan penuh tradisi komuniti Orang Ulu diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu.

Sebaik sahaja tiba di Long Banga, Najib dibawa merasmikan Jambatan Sungai Puak dan seterusnya menghadiri sesi pemimpin bersama rakyat.

Terdahulu, Jabu dalam ucapannya memuji Najib yang telah begitu rendah hati untuk turun ke kawasan Ulu Baram bagi bertemu rakyat di situ.

Beliau turut mengecam tindakan parti pembangkang yang cuba menjejaskan imej kerajaan menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengembargemburkan isu Penan.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Sumber Asli dan Aalam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta dif-dif kenamaan lain.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of