Kijan, Angeline, Sih, Tengku dilantik Setiausaha Politik KM

KUCHING: Kaunselor Kijan Toynbee @ Ipang, Angeline Umih Tujoh, Sih Hua Tong dan Tengku Gruna semalam dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

SETIAUSAHA BARU:Jabu (tengah) berjabat tangan dengan Tengku sebagai ucap tahniah dan tiga yang lain (dari kiri) Sih, Kijan  dan Angeline selepas penyampaian watikah pelantikan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching, semalam.

SETIAUSAHA BARU:Jabu (tengah) berjabat tangan dengan Tengku sebagai ucap tahniah dan tiga yang lain (dari kiri) Sih, Kijan dan Angeline selepas penyampaian watikah pelantikan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching, semalam.

Majlis angkat sumpah dan menandatangani surat rahsia serta penyampaian watikah pelantikan kepada Kijan, Angeline, Sih dan Tengku semalam disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Upacara tersebut diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, semalam.

Kijan berusia 54 tahun, berasal dari Bario dan berbangsa Kelabit.

Beliau berkhidmat sebagai kaunselor bandar Miri selama 15 tahun.

Beliau juga merupakan naib pengerusi Wanita Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Pusat.

Selain itu, beliau juga memegang jawatan pengerusi Wanita SPDP Piasau Miri dan pengerusi Wanita Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia.

Manakala Angelina daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan ahli Majlis Ter- tinggi Wanita PRS.

Sih, 46, merupakan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Manakala Tengku, 50, berasal dari Song merupakan  Juruaudit Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bahagian Song.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pelantikan empat muka baru itu diyakini akan mengukuhkan lagi kestabilan politik di negeri ini.

Keyakinan beliau itu disuara-kan ekoran pengalaman luas mereka dalam bidang masing-masing.

“Saya sangat gembira dengan pelantikan setiausaha politik Ketua Menteri yang baru, yang menjadikan jumlah kesemuanya ialah 23 orang terma-suk 19 muka lama.

“Tahniah kepada semua mereka atas pelantikan dan saya berharap mereka akan memberi komitmen terbaik kepada kerjaya baru,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagi muka lama yang dilantik semula, beliau mahu mereka terus komited kepada tugas dan pada masa sama menjalinkan kerjasama baik dengan muka-muka baru dalam barisan jawatan tersebut.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of