Site Last Updated 3:59 am, Friday

Rumah panjang 40 pintu di Song musnah dalam kebakaran

by Kenka KN. Posted on July 28, 2010, Wednesday

KAPIT:  Rumah Kulleh Moari se-panjang 40 pintu di Nanga Embuau, Song, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam Isnin lalu me-nyebabkan 380 orang penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

TINGGAL KENANGAN: Gambar fail yang dirakamkan pada 10 Julai lepas menunjukkan rumah panjang, Rumah Kulleh, 40 pintu di Nanga Embuau yang merupakan rumah panjang tercantik di daerah Song, sebelum kebakaran.

TINGGAL KENANGAN: Gambar fail yang dirakamkan pada 10 Julai lepas menunjukkan rumah panjang, Rumah Kulleh, 40 pintu di Nanga Embuau yang merupakan rumah panjang tercantik di daerah Song, sebelum kebakaran.

Dalam kejadian berlaku pada jam 10 malam, hampir semua harta-benda milik penghuni nya musnah dalam kebakaran namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Sehingga awal petang semalam, punca kebakaran masih belum diketahui, namun kerugian dianggarkan RM3.9 juta.

Kebakaran di Rumah Kulleh yang terletak 20 minit perjalanan dari pekan Song, berlaku hanya selang tiga hari selepas kebakaran di Rumah Lulut yang sepanjang 18 pintu, terletak di Sungai Tisa, Yong dekat sini.

Pegawai Daerah Song, Galong Luang ketika ditemui di sini pagi semalam memberitahu bahawa beliau amat bersimpati dengan nasib kedua-dua kes rumah panjang yang terbakar.

Katanya, kejadian tersebut harus dijadikan pengajaran agar masya-rakat rumah panjang tidak memandang remeh tentang keselamatan di rumah panjang masing-masing dengan mengambil langkah-langkah tertentu bagi menghindari kejadian serupa terus berulang.

Galong memberitahu beliau akan melihat sendiri keadaan di rumah panjang berkenaan di samping menghantar bantuan segera untuk mangsa-mangsa kebakaran.

Dalam pada itu, Setiausaha Majlis Daerah Kapit, David Upe yang mengetahui tentang insiden tersebut melalui siaran radio semalam turut melahirkan rasa sedih terhadap semua mangsa berkenaan.

Menurut beliau, pihak baru sahaja menganjurkan Program Khidmat Masyarakat di rumah panjang berkenaan dua minggu lepas, iaitu, pada 10 Julai lepas yang dirasmikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Katibas, Datuk Ambrose Blikau Enturan dan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi.

“Bencana ini (kebakaran) ini amat malang sekali bagi penduduk Rumah Kulleh kerana mereka baru sahaja bersedia untuk menyahut gesaan majlis (MDK) untuk beralih kepada corak kehidupan baru terutama dari segi kebersihan persekitaran halaman dan keindahan lanskap.

Kebakaran di Rumah Kulleh ini merupakan kejadian ketiga yang berlaku di bahagian Kapit tahun ini. Kes pertama berlaku di Rumah Jabat, Nanga Lian, Ulu Katibas dan kedua ialah Rumah Lulut, Sungai Tisa.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.