Cemerlang akademik, kokurikulum tidak cukup

0


SIBU: Kecemerlangan dari segi akademik dan kokuriku­lum bukan menjadi ukuran penentu seorang pelajar cemerlang dalam pendidikan sebaliknya para pelajar juga perlu mengimbangi kedua-dua aspek terbabit dengan aspek akhlak dan sahsiah diri yang baik.

RASMI: Wong (tiga kiri) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Batang Igan Ke-17 di Dalat, semalam. Turut kelihatan Shiling (kiri), Nana (dua kiri), Sulaiman (empat kiri) serta yang lain.

RASMI: Wong (tiga kiri) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Batang Igan Ke-17 di Dalat, semalam. Turut kelihatan Shiling (kiri), Nana (dua kiri), Sulaiman (empat kiri) serta yang lain.

Pelajar juga perlu mengimbangi kedua-dua aspek ini dengan akhlak dan sahsiah diri yang baik: Wong
Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kedua-dua aspek tersebut amat penting bagi menjadikan seseorang pelajar itu sempurna dari segi fizikal dan mental.

“Cemerlang dalam pen­didikan dan kokurikulum adalah batu asas kepada pelajar bertaraf modal insan yang amat diperlukan oleh kerajaan di negara kita ini.

“Oleh itu, kedua-dua aspek ini harus diambil perhatian oleh semua pihak termasuk guru dan ibu bapa,” ujarn­ya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Tahu­nan SMK Batang Igan Ke-17 di Dalat, semalam.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Poli­tik Ketua Menteri Andrew Shiling Banggit, Pemangku Pengetua SMK Batang Igan Nana Tu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Batang Igan Sulaiman Hashim serta para tetamu jemputan lain.

Katanya, adalah lebih baik para pelajar sendiri meleng­kapkan diri dengan akhlak dan sahsiah diri yang baik di samping pencapaian yang ce­merlang dalam akademik dan kokurikulum agar mampu berdaya saing dengan yang lain mengikut perubahan semasa.

“Dunia sekarang sudah pun banyak berubah berbanding zaman dahulu. Oleh itu, para pelajar seharusnya bijak mer­ebut peluang pendidikan yang ada di samping rajin berusaha dalam merealisasikan matla­mat hidup masing-masing,” katanya yang juga merupakan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

Justeru katanya, kerajaan kini banyak menumpukan terhadap aspek pembangu­nan pelajar dalam pelbagai usaha bagi memastikan negara melahirkan pelajar bertaraf modal insan cemerlang.

“Setiap lapisan masyarakat perlu mengambil pendekatan positif untuk menjamin masa depan yang baik melalui pel­bagai program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan. Anda semua harus bijak mengambil peluang dalam soal tersebut,” jelasnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan.

Tambah Wong, hanya diri sendiri sahaja mampu mengubah nasib diri sendiri dan kerajaan hanya berupaya untuk membantu.

Dalam pada itu, Wong turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3,000 untuk membantu membaik pulih astaka (grandstand) di SMK Batang Igan.