Amal pengeluaran mesra alam jika mahu kekal relevan: KM

KUCHING: Pengamal industri harus membina dan mendokong kemampuan pengeluaran yang mesra alam sekiranya ingin terus memililiki daya saing dan kekal relevan dalam persekitaran global.

TAHNIAH: Awang Tengah menyampaikan anugerah kepada salah seorang pemenang. Turut kelihatan (dari kiri) Peter, Wong dan Abang Karim.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pengamal industri harus men-contohi usahawan multinasional yang banyak memberi sokongan padu kepada agenda alam sekitar negeri dalam menghijaukan seluruh operasi perniagaan.

“Ini tidak syak lagi merupakan jalan ke hadapan. Bagi memastikan mereka terus berdaya saing dan kekal relevan, terutamanya jika kita mahu bersaing dalam ekonomi global, syarikat-syarikat harus mula membina dan mendokong kemampuan pengeluaran yang mesra alam,” kata-nya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada majlis penyampaian Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri (CMEA) di Pusat       Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh, pengerusi penganjur Peter Sawal dan penganjur bersama, Datuk Abang Karim Tun Abang Openg.

Taib berkata, pengamal industri harus mempamerkan tanggungjawab korporat alam sekitar (ECR) dan melaksanakan per-aturan tersendiri menerusi penggunaan sistem pengurusan alam sekitar dalam menjalankan akti-viti pembangunan mereka.

Menurutnya, dalam mengejar kecemerlangan dalam perniagaan, sektor-sektor korporat seharusnya menganggap anugerah CMEA yang berprestij sebagai permulaan perjalanan yang jauh ke arah mewujudkan kelestarian alam sekitar.

“Anugerah Alam Sekitar Ke-tua Menteri adalah satu langkah ke hadapan bagi mengiktiraf   usaha dan komitmen pemegang taruhan terutamanya usahawan dan sektor korporat dalam membantu kerajaan negeri membina kerjasama dan pakatan strategik untuk melindungi alam sekitar kita dengan lebih baik pada masa depan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta CMEA tahun ini kerana komitmen me-reka kepada alam sekitar.

“Usaha anda dalam melak-sanakan amalan pengurusan alam sekitar terbaik didalam      aktiviti anda akan banyak membantu  kerajaan negeri mereali-sasikan objektif mencapai pembangunan mapan bagi penduduk negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Wong berkata, sudah tiba masanya semua organisasi dan pengamal industri menyahut cabaran untuk memajukan Sarawak dengan cara yang mesra alam dan lestari.

“Kita sama sekali tidak akan berkompromi terhadap kualiti alam sekitar kita serta kualiti hidup rakyat kita dalam usaha mengejar kemajuan negeri ini,” katanya.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of