Site Last Updated 9:44 am, Saturday

Pencapaian UPSR 2010 di Sarawak meningkat

Posted on November 12, 2010, Friday

KUCHING: Daripada 43,056 murid Tahun Enam yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini pada tahun ini, sera-mai 2,035 orang berjaya mencatat penguasaan peringkat A untuk semua mata pelajaran.

BANGGA: Guru besar SK St Teresa, Anthony Layan (berdiri di tengah-tengah) bersama guru-guru dan 35 orang murid-muridnya yang mendapat 5A, bersorak kegembiraan, di halaman sekolah itu di Kuching, semalam.

Jabatan Pelajaran Sarawak semalam memberitahu, jumlah tersebut adalah meningkat berbanding tahun lepas, ha-nya 1,995 yang berjaya mencatatkan keputusan tersebut.

Daripada jumlah tersebut (2,035), seramai 1,652 murid adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) dan 383 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Manakala dari segi sekolah yang berjaya mendapat 100 peratus kelulusan, sebanyak 65 sekolah berjaya mencatatkan keputusan berkenaan di negeri ini berbanding 55 sekolah tahun lepas.

Daripada 65 buah sekolah tersebut, 56 adalah SK dan sembilan buah adalah SJKC.

Selain itu, pencapaian sekolah yang mencatatkan 90 hingga 99.9 peratus pada tahun 2010 turut menyaksikan peningkatan yang ketara di mana 54 mencapai pencapaian tersebut berbanding 27 buah pada tahun lepas.

Ia diikuti dengan pencapaian 80 hingga 89.9 peratus yang turut meningkat di mana tahun ini mencatatkan 124 sekolah berbanding 107 pada tahun lepas.

Dari segi pencapaian penguasaan minimum gred C, SK menunjukkan peningkatan dalam empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman) 4.03 peratus, Bahasa Inggeris (6.76 peratus), Matematik (1.77 peratus) dan Sains (6.15 peratus).

Untuk SJKC pula, dua mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Inggeris (2.60 peratus) dan Sains (1.61 peratus).

Manakala dari segi minat pelajar, dari segi statistik, pelajar lebih cenderung dalam bidang akademik, diikuti sukan, teknik/vokasional, seni dan budaya serta sosial.

Dalam sebuah kenyataan akhbar, Pengarah Pelajaran Sarawak Mortadza Alop mengingatkan permohonan untuk semak semula perlu dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan iaitu pada 11 November.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.