LHDN jangka laksana potongan gaji bayaran ptptn pada 2012

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari 2012.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Hasmah Abdullah berkata pihaknya sedang merangka undang-undang, sistem dan operasi bersama PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan.

Draf yang sedang dikemas kini akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan,” katanya pada majlis penutu projek Sistem Perakuanan Hasil Berelektronik (eRAS) LHDN, di sini semalam.

Beliau berkata undang-undang ini penting bagi membolehkan LHDN mengambil tindakan yang sewajarnya jika peminjam tidak membuat bayaran.

Menurutnya, buat masa ini, peminjam masih boleh terus membuat bayaran secara sukarela di LHDN kerana pihaknya adalah salah satu daripada saluran untuk bayar balik pinjaman. LHDN telah diberi tanggungjawab menjadi ejen kutipan berkenaan bagi mengatasi mas-alah tunggakan hutang oleh peminjam yang dihadapi PTPTN.

Terdahulu, Hasmah berkata pihaknya akan melaksanakan sistem eRAS di LHDN yang mempunyai enam modul iaitu e-Lejar, e-BayarBalik, e-Kutipan, e-Akaun, e-Penyata dan EIS.

Sistem tersebut disediakan oleh Century Software (M) Sdn Bhd, setelah perjanjian untuk membangunkan sistem itu ditandatangani dua tahun lepas.

Beliau berkata sistem ini dijangka dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai dan membantu pegawai-pegawai LHDN melaksanakan tugas dengan efisien.

e-Penyata penting kerana mampu mengeluarkan penyata akaun kepada pembayar cukai apabila taksiran tambahan atau taksiran kurangan dibangkitkan ke atas pembayar cukai,” katanya. — Bernama

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of