Tabung Baitulmal S’wak yakin Medan Hamidah terus berkembang maju

0

KUCHING: Tabung Baitul-mal Sarawak (TBS) yakin tapak komersial Medan Ha-midah yang dibangunkannya di Jalan Bako akan terus berkembang maju.

Ketika ditemui pemberita semalam, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie memberitahu, banyak aktiviti akan diadakan di medan tersebut bagi menarik lebih ramai pengunjung.

“Kami juga ada menjalankan kajian dan medan itu mampu bertahan lama dan sokongan yang diterima adalah konsisten,” kata-nya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan zakat perniagaan Malaysian Building Society Berhad (MBSB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini, semalam.

“Kami akan cuba me-ningkatkan perniagaan di situ dari semasa ke semasa,” katanya.