Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - AGM Persatuan Melanau Bintulu pada 1 Januari

AGM Persatuan Melanau Bintulu pada 1 Januari

Posted on December 31, 2010, Friday

BINTULU: Ahli-ahli Persatuan Melanau Bintulu dipelawa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Dwi Tahunannya pada 1 Januari 2011 di Hotel Li Hua di sini.

Pengerusinya, Rosli Kamarudin berkata perasmian AGM tersebut dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Katanya, AGM itu diadakan bertujuan melantik ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2011-2012 di samping membincangkan pelbagai isu berbangkit.

Beliau berkata Persatuan Melanau Bintulu ditubuhkan sejak 1978 dan sehingga kini bilangan keahliannya mencecah lebih 300 orang dengan majoriti merupakan penduduk tempatan berbangsa Melanau Vaie.

Katanya, setiap penduduk yang menyertai persatuan itu wajib menyumbang RM2 bagi yuran keahlian bulanan dan tahunan manakala RM30 bagi keahlian seumur hidup.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.