Home - Utusan Borneo - Sukan - Pelumba basikal Miri disaran sertai Cabaran Berbasikal Subis

Pelumba basikal Miri disaran sertai Cabaran Berbasikal Subis

Posted on January 1, 2011, Saturday

MIRI: Atlet lumba basikal tempatan masih belum mendaftar untuk menyertai Cabaran Kejohanan Berbasikal Subis 2011 yang dijadualkan pada 15 Januari ini di Bekenu, Subis.

Justeru, setiausaha penganjurnya, Harifien Mansor mahu masyarakat setempat menyokong aktiviti berkenaan dan mengambil peluang bagi merebut gelaran juara serta mempromosikan bandar raya Miri.

Menurut beliau, lebih 40 pendaftaran setakat ini merupakan peserta dari luar kawasan Miri seperti Sabah, Terengganu, Singapura dan Brunei Darussalam.

“Kita berharap warga Miri mengambil peluang untuk menyertai kejohanan ini bukan sahaja untuk merebut hadiah wang tunai, malahan bagi menyokong aktiviti sebegini.

“Selain itu, ia juga membantu mempromosikan Sibuti sebagai tempat ideal untuk sukan lasak berkenaan,” jelas beliau ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Katanya, pihak penganjur yakin bahawa kejohanan tersebut bukan sahaja menarik minat pelumba basikal tempatan, bahkan mendapat sambutan daripada para pelumba luar negara.

Kejohanan berkenaan merupakan anjuran Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dengan kerjasama Majlis Daerah Subis, Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak.

Katanya lagi, hadiah utama kejohanan tersebut merupakan wang tunai bernilai RM5,000.

Penyertaan turut terbuka kepada remaja berumur 17 tahun keb awah dan tarikh tutup penyertaan ialah pada Rabu depan (5 Januari 2011).

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Harifien menerusi talian 012-8711156 atau Pejabat Majlis Sukan Negeri Cawangan Miri (085-420709) atau e-melkan kepada clubbicyclexstreamswak@yahoo.com.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.