Dua guru disyaki dijangkiti Avian Flu

0

KUCHING: Dua orang guru dari sekolah menengah yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada malam Isnin lepas kerana disyaki dijangkit virus Avian Flu (H1N1) tidak harus menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

Ketika dihubungi semalam, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, kakitangan dan pelajar sekolah diarahkan untuk memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan.

Dr Chan yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri berkata, setakat ini tidak ada kes Avian Flu dicatatkan pada tahun ini.

“Belum ada kes yang disahkan Avian Flu di sini setakat ini. Kakitangan dan pelajar-pelajar sekolah diberitahu kakitangan SGH untuk memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, Dr Chan berkata beliau masih belum mendapat butiran lanjut mengenai kes itu.

Akhbar The Borneo Post dimaklumkan oleh pihak dari sekolah tersebut mengenai insiden itu.