Site Last Updated 11:38 am, Friday

Banjir berlaku di Tinjar paling buruk

by W. Bolly Ongie. Posted on January 21, 2011, Friday

43 rumah panjang terjejas, tujuh sekolah dan dua klinik kesihatan ditutup

BERPERAHU DI PASAR: Bila pekan Long Lapok banjir, suasana yang berperahu di sepanjang jalan raya yang dinaiki air, bukan perkara asing lagi.

MARUDI: Bencana banjir kali ini mungkin bukan yang terburuk melanda pedalaman Baram jika dibandingkan dengan dua tahun lalu, namun bagi sesetengah kawasan seperti Ulu Teru dan di Tinjar amnya, ia adalah yang terburuk kerana paras air bukan sahaja meneng-gelamkan hampir separuh rumah panjang tetapi juga menjejaskan tanaman, ternakan dan harta benda.

Bilik Gerakan Banjir Daerah Marudi di sini, semalam mengesahkan mereka menerima laporan rasmi daripada 43 buah rumah panjang yang terjejas akibat banjir sama ada yang sudah pada paras ber-bahaya mahu pun pada tahap tidak membimbangkan.

“Kita telah menerima laporan daripada ketua kampung dan tuai rumah daripada 43 buah rumah panjang sama ada daripada kaum Iban mahu pun Orang Ulu, yang dilanda banjir, sehingga pagi ini (semalam). Ada yang berada pada paras berbahaya dan sebahagiannya diarah berjaga-jaga, kerana walaupun keadaan belum membimbangkan tetapi jika paras air masih naik, mereka perlu berpindah se-gera.

“Banjir kali ini menunjukkan kawasan yang paling teruk (dilanda banjir) ialah Tinjar dan daripada laporan yang diterima, seramai 1,500 mangsa akan dan telah diberi bantuan kecemasan,” demikian menurut jurucakap bilik gerakan di sini, semalam.

“Antara rumah panjang yang paling teruk dilanda banjir di kawasan Ulu Teru, Tinjar ialah Long Bemang, Rumah Kalong, Rumah Francis Gerindang, Rumah Peter Lembang, Rumah Kompeni, Rumah Hillary Junggang, Rumah Marinda, Rumah William Duit, Rumah Ugak serta Rumah Ruang,” tambah beliau.

Bagaimanapun, katanya keadaan di pekan kecil Beluru, Bakong masih dalam ke-adaan terkawal namun pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sementara itu dua buah pusat rawatan di Tinjar terpaksa ditutup iaitu Klinik Kesihatan Long Bemang dan Klinik Kesihatan Ulu Teru.

Namun demikian, pihak kerajaan negeri katanya, sudah dan akan terus menerbangkan pegawai-pegawai perubatan ke kawasan mangsa banjir dan pusat pemindahan banjir bagi memastikan mangsa yang terjejas dan memerlukan tetap menerima rawatan perubatan.

Sebanyak tujuh buah sekolah rendah di  kawasan TutohApoh dan Tinjar telah diarahkan tutup semalam ke-rana masih dilanda banjir te-ruk dan tidak selamat untuk para pelajar dan guru-guru sekolah.

Kesemua tujuh buah sekolah itu adalah antara yang ditutup sejak empat hari lalu, akibat paras air banjir yang masih lagi tinggi.

Bilik Gerakan Banjir di sini juga mengesahkan tujuh buah sekolah yang masih ditutup itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Seputi; SK Long Bemang; SK Long Loyang; SK Kuala Bok; SK Pengarah Entrie; SK Long Ikang; SK Long Teran dan  SK Long Teru.

Sementara itu lima buah lagi sekolah rendah yang masih dibuka (hingga semalam) namun diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ialah SK Long Jegan, SK Sungai Bong; SK Kuala Tutoh; SK Benawa dan  SK Long Sepelling dalam kawasan Tinjar.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Banjir Marudi memberitahu, jika paras air masih naik terutama semalam dan hari ini, kemungkinan besar kelima-lima sekolah tersebut juga akan ditutup.

Sementara itu, pekan Long Lapok juga telah dinaiki banjir yang mencecah hingga paras dua kaki dari lantai kedai di pekan ini semalam, berikutan paras air sungai yang semakin naik, terutama hujan lebat yang turun di Hulu Tinjar.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.