Arahan pindah pusat hiburan ke tingkat bawah mungkin dimansuh 2014

0

SIBU: Arahan pindah pusat karaoke, pub dan kelab malam ke tingkat bawah berkemung-kinan akan dimansuhkan dalam tempoh tiga tahun akan datang (2014) dengan syarat peng-usaha pusat hiburan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh berkata, keputusan dilakukan atas pertimbangan alasan muna-sabah dan respons yang diterima oleh peng-usaha pusat karaoke lounge, pub dan kelab malam.

“Pengusaha pusat hiburan harus memberi kerjasama erat dengan pihak penguat kuasa dan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja dan pihak berkuasa tempatan,” jelas-nya.

Wong turut menyeru pengusaha pusat hiburan agar sentiasa berusaha meningkatkan imej dan reputasi mereka sebagai pusat hiburan yang bebas daripada pespektif negatif masya-rakat umum.

“Masih terdapat segelintir masyarakat memandang serong akan pusat hiburan yang se-ring kali dikaitkan dengan kegiatan negatif seperti pengedaran dadah, jenayah berat dan gejala sosial lain,” ujar beliau.

Wong berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Kedua Persatuan Pusat Hiburan Sarawak Sesi 2011/2012 yang berlangsung di Dewan Suarah Sibu, malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Dr Soon Choon Teck; Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Daniel Ngieng.

Turut hadir ialah Presiden Kehormat Persatuan Kelab Malam Sibu Datuk Hii Hua Seng dan Temenggung Vincent Lau Lee Ming.

Katanya, arahan pindah premis perniagaan pusat hiburan yang dikeluarkan sebelum ini mendapat bantahan disebabkan faktor bebanan bayaran sewa di tingkat bawah yang di-katakan agak mahal berbanding dengan sewa di tingkat atas.

“Kebanyakan pengusaha pusat hiburan menyifatkan arahan itu satu bebanan kepada mereka memandangkan usaha mencari lokasi di tingkat bawah agak sukar, selain faktor kos sewaan,” jelasnya.

Menteri Kewangan Kedua itu menggesa pengusaha pusat hiburan agar sentiasa memastikan aspek keselesaan pelanggan, kebersihan persekitaran dan keselamatan menjadi keuta-maan ketika menjalankan perniagaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif.

“Ini penting bagi memastikan para pelanggan datang berhibur dalam keadaan selesa       dan selamat serta bersih. Pelancong yang datang dari dalam dan luar negara juga tidak berasa ragu-ragu akan premis pusat hiburan di sini,” katanya.

Pada majlis yang sama, Sii Pang Hoe telah dipilih sebulat suara menerajui Persatuan Pusat Hiburan Sarawak Sesi 2011/2012.

Sim Lih Ping pula dilantik sebagai pengerusi Persatuan Karaoke Lounge, Pub dan Kelab Malam Sibu.