Site Last Updated 1:16 am, Sunday

Cara agihan komputer riba 1Malaysia akan diperhalusi

Posted on January 30, 2011, Sunday

KUCHING: Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan akan memperhalusi cara agihan sejuta komputer riba 1Malaysia untuk memastikan mereka yang berkelayakan menerima peruntukan ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pihaknya menerima sungutan ada daripada pelajar dan sekolah yang berkelayakan tetapi tidak menerima komputer berkenaan.

Justeru menurutnya, kementerian akan bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat khasnya pemimpin-pemimpin masyarakat dan wakil-wakil rakyat untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak menerima komputer riba 1Malaysia.

“Sebanyak 123,000 unit komputer riba 1Malaysia telah diagihkan di seluruh negara pada pengagihan fasa pertama bermula bulan Jun 2010 hingga hari ini.

“Daripada jumlah tersebut, Sarawak diperuntukkan sebanyak 10 peratus iaitu kira-kira 14,000 unit.

“Pengagihan komputer riba 1Malaysia akan diteruskan secara berperingkat sehingga hujung tahun ini bagi mencapai sasaran capaian 60 peratus jalur lebar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan dua unit komputer riba kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sarawak di sini lewat petang semalam.

Hadir sama, Pengerusi PBTM Sarawak Spencer Dirai, Penasihatnya Mejar (B) Peter Runin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia Mejar Monday Juhid serta Setiausaha PBTM Kamalmirza Abdullah.

Bercakap pada majlis tersebut, Salang berkata kementerian berbesar hati dapat menyumbang dua unit komputer riba kepada pihak PBTM untuk kegunaan ahli-ahli persatuan menjalankan tugas harian serta pengurusan.

Beliau berharap sumbangan kecil itu akan membantu persatuan dalam pendaftaran ahli-ahli baru di kesemua 18 cawangan serta kawasan-kawasan lain yang belum berdaftar.

Antara cawangan persatuan berkenaan adalah Lundu, Kuching, Batu Kawa, Tasik Biru, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Limbang, Lawas, Miri, Kanowit, Kapit, Serding-Matu/Daro dan Nangka dengan 13,000 ahli berdaftar.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.