Site Last Updated 1:16 am, Sunday

AirAsia kukuhkan laluan pengangkutan ke M’sia Timur

Posted on February 12, 2011, Saturday

KUCHING: AirAsia terus mengukuhkan laluan pengangkutan udaranya ke Malaysia Timur dengan mengadakan kempen besar-besaran yang menawarkan tempat duduk percuma dari Kuala Lumpur ke Kuching dan tambang merangkumi semua kos serendah RM18 untuk perjalanan ke kawasan lain di Sabah dan Sarawak.

Namun bukan hanya tempat duduk percuma dan tambang murah sahaja kerana AirAsia akan meningkatkan kekerapan penerbangan mingguan ke bandar-bandar di Sabah dan Sarawak.

AirAsia menghubungkan Kuala Lumpur, Singapura, Johor Bahru dan Pulau Pinang dengan 319 penerbangan setiap minggu dan lebih 56,000 tempat duduk bagi Malaysia.

AirAsia juga mempunyai 101 penerbangan setiap minggu di kawasan Sabah dan Sarawak sahaja yang menghubungkan Kuching ke Sibu, Miri dan Bintulu dengan 35 penerbangan setiap minggu.

Sementara itu bagi Kota Kinabalu ke Kuching, Miri, Sandakan dan Tawau dengan 66 penerbangan setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Datuk Seri Tony Fernandes, berkata:

“Kami telah berjaya membawa 32 juta tetamu dari seluruh Malaysia Timur dan laluan yang luar biasa iaitu 95 peratus daripada Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

“Laluan selebihnya adalah dari bandar antarabangsa seperti Manila, Hong Kong, Taipei dan Shenzen yang masing-masing mempunyai tujuh penerbangan ke Malaysia Timur.

“Langkah bagi meningkatkan kekerapan ke Malaysia Timur akan terus merancakkan aktiviti pelancongan ke Sabah dan Sarawak serta keselesaan kepada ahli perniagaan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

“Malahan ia memberi peluang kepada setiap ahli keluarga untuk melawat antara satu sama lain dan pelajar yang cuti semester.

“Dengan peningkatan kekerapan di kedua-dua Kuching dan Kota Kinabalu ia akan menguatkan lagi habnya,” katanya.

Tempat duduk percuma bagi penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Kuching dan promosi tambang murah ke Malaysia Timur kini dibuka untuk tempahan bermula dari 15 hingga 18 Februari 2011.

Pelanggan boleh memulakan perjalanan mereka bermula 17 Februari hingga 9 Mac 2011.

Tambang adalah bermula serendah RM12 bagi perjalanan ke kawasan lain di Sabah dan Sarawak sementara bagi penerbangan antarabangsa seperti dari Kuching dan Miri ke Singapura dan Kota Kinabalu ke Clark, Filipina adalah serendah RM88 sahaja.

Malahan pelanggan dari Sabah dan Sarawak boleh menggunakan tempat duduk percuma dan tambang murah itu pergi ke China seperti Guangzhou dan Macau selain Pekanbaru Banda Aceh dan Surabaya di Indonesia dengan tambang serendah RM129 semasa promosi.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai promosi terkini AirAsia sila lawati laman web seperti Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.