Penduduk belum ada jalan, elektrik rugi jika memilih pembangkang

KUCHING: Penduduk kampung dalam kawasan Parlimen Mambong yang masih belum menikmati jalan baik dan bekalan elektrik akan kerugian jika mereka memilih pembangkang dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ahli Parlimen Mambong Datuk Dr James Dawos berkata walaupun beliau sudah ada senarai kampung-kampung dan projek yang telah diluluskan, ia (projek) amat sukar dilaksanakan, jika kawasan berkenaan dipegang pembangkang.

Ini kerana katanya beliau tidak dapat bekerjasama dengan barisan pembangkang.

“Saya  ada senarai kampung-kampung yang masih belum menikmati sistem jalan raya yang baik begitu juga bekalan elektrik dan projek itu telah diluluskan.

“Bagaimanapun, projek-projek ini tidak dilaksanakan jika pembangkang menang.

“Saya tidak boleh bekerjasama dengan mereka,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis prapelancaran pejabat daerah kecil Padawan di Kampung Bayur, di Jalan Puncak Borneo dekat sini, semalam.

Dawos yang juga timbalan menteri pelancongan menambah jalan dari Kampung Kambug dan Sepit telah diluluskan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

“Satu lagi projek jalan  akan dilaksanakan tahun ini ialah jalan dari Kampung Braang ke Kampung Jambu dengan peruntukan RM5 juta telah disediakan,” jelasnya sambil menambah pembangkang hanyalah pencetus masalah sedangkan Barisan Nasional (BN) yang berorientasikan perkhidmatan.

“BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Dawos berkata beliau ketika menjalinkan kerjasama yang erat dengan dua ‘saudara’ Dr Jerip Susil (Ahli Dewan Undangan Negeri-ADUN, Bengoh) dan Roland Sagah Wee Inn (ADUN Tarat) membawa pembangunan ke kedua-dua konstituensi.

Dawos juga memberitahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertemu penduduk di konstituensi Mambong pada 19 Mac ini.

Bagaimanapun katanya, tempat pertemuan itu belum ditentukan lagi dan memberitahu bahawa beliau masih mencari tempat yang lebih luas.

Majlis itu turut dihadiri Dr Jerip dan Sagah.

Sementara itu Dr Jerip memberitahu bahawa semua kampung di konstituensinya telah disediakan dengan bekalan elektrik kecuali Kampung Beradau di Siburan, yang bakal menikmati kemudahan itu tahun ini.

Menurutnya lebih 900 isi rumah di beberapa kampung (yang terdapat rumah-rumah baru didirikan) akan juga disambung dengan bekalan elektrik tahun ini.

Manakala pejabat daerah kecil Padawan yang baru bernilai kira-kira RM1.7 juta telah siap sepenuhnya pada Disember 2009 selepas projek pembinaannya bermula pada Jun 2008.

Menyentuh mengenai pembinaan pejabat daerah kecil Padawan itu, Dawos berkata ia akan membantu memberi khidmat yang lebih baik kepada penduduk di kawasan berkenaan dan mempercepatkan proses pembangunan kerajaan.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of