Gaddafi mengecam konspirasi Barat

0

Washington sifatkan masih terlalu awal untuk hantar senjata kepada pemberontak

SATU TUDUHAN: Menteri Luar Musa Kussa menunjukkan reaksi sambil bercakap semasa sidang akhbar di sebuah hotel yang menempatkan media asing di Tripoli, kelmarin di mana rejim menuding AS, Britain dan Perancis berkonspirasi memisahkan Libya. — Gambar Reuters

TRIPOLI: Rejim Muammar Gaddafi telah menuduh pihak Barat sebagai “satu konspirasi untuk memisahkan Libya” ketika Washington, di bawah desakan memuncak untuk membantu pasukan pembangkang, berkata masih terlalu awal untuk memberikan senjata kepada pihak pemberontak.

Pertempuran baru dilaporkan di bandar Zawiyah hanya di luar ibu negara dikuasai oleh Gaddafi, Tripoli, ketika negara Teluk termasuk Arab Saudi menyokong usaha untuk melakukan satu zon larangan terbang di negara utara Afrika yang kaya dengan minyak ini.

Di Tripoli, menteri luar Libya telah memberitahu wartawan bahawa pihak Barat sedang cuba untuk memisahkan negara secara rahsia dengan menjalinkan hubungan dengan pemimpin pemberontak.

“Ia adalah jelas bahawa Perancis, Britain dan AS sekarang sedang berhubung dengan puak penentang di bahagian timur Libya. Ia bermakna terdapat satu konspirasi untuk memecah-belahkan Libya,” kata menteri tersebut, Mussa Kussa.

Komen beliau muncul selepas Setiausaha Luar British William Hague mengaku satu ‘salah faham yang serius” membawa kepada penahanan sebuah pasukan tentera khas dalam satu misi gagal untuk menghubungi pemberontak Libya.

Amerika Syarikat, berdepan dengan desakan di dalam negara dan di luar negara untuk melakukan lebih banyak bagi melindungi orang awam dan mempercepatkan penggulingan kuasa Gaddafi, kelihatan sebagai satu kesedaran untuk membuang senjata ke dalam satu konflik melibatkan beberapa buah kumpulan lain.

Ketika pihak Rumah Putih berkata ia sedang mempertimbangkan untuk memberikan senjata kepada pihak pemberontak, ia menegaskan bahawa tindakan sebegini adalah bersifat pramatang dan Setiausaha Pertahanan Robert Gates memberikan amaran bahawa campur tangan mungkin akan memerlukan kebenaran pihak antarabangsa.

“Ia adalah pramatang untuk menghantar sekumpulan senjata ke sebuah kotak pejabat pos di timur Libya, kami tidak perlu melebihi-lebih,” jurucakap Rumah Putih Jay Carney berkata.

Di dalam negara, kumpulan pembangkang Libya dan media telah melaporkan tentang tembakan dari kereta kebal dan pertempuran sengit di antara pihak pemberontak dan pengikut setia Gaddafi di bandar Zawiyah, sebuah kawasan utama 60 kilometer barat Tripoli.

Pihak pemberontak mula berundur dari pelabuhan minyak utama Ras Lanuf ketika beberapa jet pejuang mensasari pertahanan di hujung pekan, membuang bahan berasap di sebalik kebimbangan pasukan tentera kerajaan sedang bersedia bagi satu serangan.

Satu serangan udara telah mencederakan seorang ayah dan seorang anak lelaki ketika sebuah jet mengebom kereta mereka di atas jalan raya di luar pekan, kata anggota perubatan dan seorang wartawan AFP.

Salim Hussein Attia, 47, seorang pengurus bagi kilang minyak Ras Lanuf, memberitahu AFP bahawa beliau telah membawa keluarganya ke wilayah timur untuk berlindung bersama dengan saudara mara mereka ketika pasukan tentera kerajaan menahan kawasan berhampiran Bin Jawad.

“Kami sedang memandu melalui stesen minyak ketika tiba-tiba sahaja kami terkena satu letupan kuat.

“Syukur kepada Tuhan keluarga saya semuanya selamat. Anak lelaki saya Ahmed hanya menerima beberapa jahitan,” katanya.

Pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menyeru bagi sejumlah 160 juta untuk menampung barangan bantuan termasuklah tempat perlindungan, makanan dan sanitasi untuk pelarian termasuklah mereka yang lain yang masih lagi terperangkap dalam pertempuran itu.

Dengan pertempuran menjadi semakin sengit dan pusat populasi semakin terancam, pihak British dan Perancis telah cuba untuk mendapatkan satu zon larangan terbang dilakukan terhadap Libya diterima ketika enam buah negara dalam Suruhanjaya Kerjasama teluk mengumumkan sokongan mereka.

Namun anggota tentera Suruhanjaya Keselamatan PBB yang berkuasa veto Rusia menunjukkan tentangannya, dengan Menteri Luar Sergei Lavrov menyatakan “rakyat Libya harus dibiarkan menyelesaikan sendiri masalah mereka”. — AFP