Site Last Updated 7:18 pm, Thursday

Kristian Mesir bantah pembakaran gereja

Posted on March 9, 2011, Wednesday

KAHERAH: Penduduk Kristian, yang turut disertai beberapa penduduk Islam, di Mesir telah melakukan bantahan untuk hari kedua kelmarin selepas sebuah gereja dibakar di kawasan luar bandar Kaherah, serangan sektarian terbaru di sebuah negara yang sedang mengalami pergolakan politik.

Seramai 5,000 orang telah berkumpul di luar bangunan televisyen negara lewat malam kelmarin, lebih ramai berbanding 1,000 orang atau lebih yang telah menunjuk perasaan lewat Ahad dan sehingga pagi kelmarin.

“Wahai menteri pertahanan, kenapa anda berdiam diri?” laung mereka, merujuk kepada Menteri Pertahanan Mohamed Hussein Tantawi yang mengetuai suruhanjaya pemerintah tentera Mesir, yang berkuasa sejak Hosni Mubarak meletak jawatan 11 Februari lepas akibat bantahan meluas.

Tantawi telah menyatakan pihak tentera akan membina semula gereja tersebut sebelum cuti Paska ini.

Beberapa saksi dan sumber keselamatan berkata, gereja di Helwan telah dibakar selepas pergaduhan meletus akibat hubungan di antara seorang lelaki Kristian dan seorang wanita Islam. — Reuters

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.