Kad tambah nilai prabayar tidak boleh dijual melebihi harga ditetapkan

SIBU: Kad tambah nilai telefon prabayar atau kad ‘top-up’ tidak boleh dijual lebih daripada harga yang ditetapkan, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  Sarawak Wan Amar Uzir Wan Sulaiman petang semalam.

Katanya, para pengguna boleh membuat aduan kepada pihaknya sekiranya mereka dikenakan caj lebih daripada harga sebenar kad tambah nilai yang dibeli.

“Ramai orang merungut apabila membeli kad top-up  yang dijual lebih daripada harga sebenarnya namun kebanyakan mereka tidak mahu melaporkan perkara tersebut kerana rugi yang ditanggung hanya sekadar RM0.50 hingga RM1.00,” katanya sambil menambah pengguna perlu tahu hak mereka sebagai pengguna.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian hadiah dan sijil Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah 2011 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini petang semalam.

Wan Uzir memberitahu bahawa sehingga kini sebanyak empat kes berhubung  kesalahan menjual kad tambah nilai telefon prabayar melebihi harga sebenar telah dilaporkan kepada pihaknya di sini.

Beliau menjangkakan banyak lagi kes kad ‘top-up’ dijual melebihi harga yang ditetapkan di negeri ini, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar namun tidak dilaporkan.

Katanya, para pengguna dinasihatkan untuk meminta resit pembelian sekiranya mereka membeli kad ‘top-up’ melebihi harga sebenar di mana-mana kedai sebagai bukti pembelian.

“Kebanyakan daripada penjual kad ‘top-up’ yang melebihi harga sebenar enggan memberi resit kerana khuatir kesa-lahan mereka dikesan,” ujarnya.

Selain daripada kesalahan tersebut, kes menyalahguna-kan lesen Akta Jualan Langsung sering juga ditemui berlaku.

Katanya, mereka akan mengemukakan lesen yang diperolehi daripada KPDNKK kepada orang ramai untuk menjalankan peraduan gores dan menang ataupun skim piramid.

Oleh yang demikian, katanya orang ramai disaran agar tidak mudah terpedaya dengan kelicikan kumpulan berkenaan yang kini sudah dikembangkan ke institusi pengajian tinggi.

Wan Uzir memberitahu bahawa seorang guru pernah menjadi mangsa dengan menggunakan taktik berkenaan selepas diarah membayar wang pendahuluan sebanyak RM6,000  agar dia boleh berkunjung ke sebuah restoran tanpa perlu membayar lagi untuk sesuatu tempoh.

“Selepas dua tiga hari menerima bayaran berkenaan restoran ini telah ditutup, justeru mereka yang telah membayar deposit telah ditipu,” katanya.

Bagaimanapun, guru berkenaan bernasib baik kerana dia telah menyimpan resit pembayaran deposit tersebut sebagai bukti pembayarannya.

Wan Uzir memberitahu bahawa kes tersebut telah dilaporkan kepada kementeriannya dan kini sedang dalam siasatan yang dikendalikan oleh pihak Bank Negara.

Oleh yang demikian, pihak KPDNKK lebih giat lagi menjalankan kempen kesedaran di kalangan pengguna setempat dan di kalangan para pelajar.

Dalam majlis tersebut, beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna-Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) Peringkat Negeri yang diadakan di SMK Methodist pada 10 Februari lalu.

SMK Sacred Heart Sibu muncul juara mengalahkan SMK Methodist dalam pertan-dingan untuk mewakili Sibu ke Pertandingan CIP-KPS Pe-ringkat Kebangsaan yang diadakan di Kem Bina Negara, Tanjung Rhu Sepang pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Kumpulan empat pelajar SMK Sacred Heart, Sibu terdiri daripada Christopher Hii, Aaron Pui, Vernon Fong dan Daniel Wong.

Mereka membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan dengan ciptaan mereka yang dinamakan The Three Musketeer iaitu perangkap nyamuk, lalat dan lipas yang dibuat menggunakan bahan terbuang seperti botol plastik, paip besi dan jaring.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Residen Sibu Sim Kok Kee dan Ketua KPDNNKK Sibu Balraj Singh.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of