Kolej ICAN tawar kursus dalam bidang kejururawatan dan kesihatan bersekutu

0

KUCHING: Kolej Integrasi Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu (ICAN) sebuah institusi pengajian tinggi swasta milik penuh Prima Gading Corporation Sdn Bhd kini menawarkan pelbagai program utama pengajian peringkat diploma.

ICAN yang ditubuhkan pada 2008 mengkhusus dalam bidang kejururawatan dan kesihatan bersekutu seperti Fisioterapi, Farmasi dan Teknologi Makmal Perubatan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam serta luar negara.

Justeru kolej yang terletak di Tingkat 10 & 11, Menara Maxisegar, Jalan Pandan Indah 4/2, 55100 Kuala Lumpur ini menawarkan empat kursus pengajian peringkat diploma iaitu Diploma Fisioterapi, Diploma Kejururawatan, Diploma Farmasi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan termasuk Asas Sains, Sijil Sains Kesihatan dan Program Intensif Bahasa Inggeris.

Pelajar mahupun ibu bapa tidak perlu bimbang terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran ditawarkan ICAN memandangkan kolej itu menyediakan tenaga pensyarah yang berdedikasi selain memiliki kelayakan serta berpengalaman bagi setiap program bagi memastikan kualiti tertinggi dalam pendidikan pengajian tinggi untuk pelajar.

Selain itu ICAN menawarkan kemudahan-kemudahan berkualiti setaraf dengan standard antarabangsa bagi setiap program ditawarkan antaranya mengekalkan kadar pelajar dan pensyarah seperti ditentukan agensi-agensi pendidikan bagi melahirkan pengalaman pembelajaran dan persekitaran efektif.

ICAN turut mendapat pengiktirafan penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Kejururawatan Malaysia.

Tempoh pengajian bagi program diploma-diploma (Fisioterapi, Farmasi, Kejururawatan dan Teknologi Makmal Perubatan) ditawarkan ICAN ialah selama tiga tahun serta dikendalikan secara sepenuh masa diikuti sistem semester.

Pelajar yang mahu mengikuti program pengajian peringkat Diploma di ICAN perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit lima mata pelajaran iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan dua lagi mata pelajaran lain selain lulus Bahasa Inggeris.

Bagi pelajar yang mendaftar lebih awal akan mendapat rebat sehingga 10 peratus yuran pengajian, bagi pelajar yang layak akan ditawarkan biasiswa selain pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta bank-bank tertentu.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Hotline 1-700-80-ican (4226) atau melayari laman sesawang, www.ican.edu.my.