MBM anjur pertandingan melukis poster 11-12 Apr

0

MIRI: Kumpulan Kerja Pengurangan Sisa-sisa Pepejal dengan kerjasama Miri Local Agenda 21 (LA21) Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menganjurkan pertandingan melukis poster pada 11 dan 12 April depan.

Pegawai LA21, Unit LA MBM, Lucas Janggum memberitahu pertandingan tersebut terbuka kepada orang awam dan sebanyak empat kategori bakal dipertandingkan.

Menurutnya, objektif pertandingan ialah meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam tentang bahaya penggunaan ‘styroform’ terhadap kesihatan.

Selain itu, katanya, ia menggalakkan orang awam agar membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan di gerai-gerai ataupun restoran.

Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Miri dan orang awam berumur 18 tahun ke atas. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 7 April depan.

Pengumuman hadiah kepada pemenang akan diadakan pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Say No To Styrofoam’ yang dijadualkan pada 1 Mei depan di padang MBM sempena dengan Miri May Fest.

Sebarang keterangan lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Pegawai LA21, Olivia Usun Tudan atau Lucas Janggum menerusi talian 085- 433501 sambungan 296.