Site Last Updated 9:09 am, Saturday

Chan Furniture and Electrical adakan jerayawara barangan LG hingga 27 Mac

Posted on March 25, 2011, Friday

PELUANG KEEMASAN: Seorang pelanggan mencuba cermin mata 3D.

KUCHING: Chan Furniture and Electrical sedang mengadakan jerayawara barangan LG di pusat beli-belah Boulevard Hypermarket hingga 27 Mac.

Jerayawara LG dibuka setiap hari kepada orang ramai bermula 10 pagi sehingga 10 malam dengan mempamerkan produk keluarannya seperti televisyen, televisyen plasma, mesin basuh, peti sejuk dan penghawa dingin.

Eksekutif Produk LG Jordan Chong semalam berkata pengguna bakal ditawarkan kadar diskaun istimewa sepanjang tempoh promosi ini. Jerayawara itu adalah hasil usaha sama LG untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa Chan Furniture and Electrical tidak hanya menjual perabot malah turut menganjurkan acara seumpamanya hampir di semua pusat beli-belah di seluruh negeri.

“Acara utama jerayawara ini adalah mempersembahkan televisyen 55 inci 3D berharga RM13,999, kabel HDMI RM99 dan baucar RM1,000,” terangnya.

Katanya pihak syarikat menawarkan 10 unit televisyen LCD 32 inci pada harga RM999.

Promosi lain termasuk televisyen 42 inci 3D LED pada harga RM7,299, televisyen plasma 50 inci pada harga RM2,899 dan televisyen plasma 42 inci pada harga RM1,599 dan semua produk televisyen mendapat jaminan dua tahun.

“Lagipun kami akan cuba memperkenalkan mesin basuh 6-motion kepada pengguna. Ia direka khas untuk mengurangkan kerosakan kepada pakaian walaupun dibasuh berkali-kali dan ia berharga antara RM1,699 hingga RM1,799,” katanya kepada pemberita.

Mesin basuh 6-motion ini diberi jaminan selama 10 tahun manakala jaminan dua tahun bagi mesin basuh berjenama lain, kata Chong. Harga bagi mesin basuh automatik dijual sekitar RM789 dan mesin basuh muatan depan pada harga RM2,799.

Sementara itu, peti sejuk dua pintu dijual serendah RM1,089.

“Pengguna turut ditawarkan promosi belian dengan belian sepanjang jerayawara itu.

Pemain Blu-ray ditawarkan pada harga RM399, set teater rumah RM499 dan peti sejuk dua pintu bersebelahan berharga RM999,” tambahnya.

Pihaknya kini mempunyai 56 cawangan di seluruh Malaysia dan sembilan di Sarawak. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 016-8897341.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.