Public Bank lancar Kempen ‘U $ave V Reward’

0

KUCHING: Public Bank dengan sukacitanya melancarkan Kempen “U $ave V Reward” untuk menggalakkan simpanan serta memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan yang setia.

Di bawah kempen ini, pelanggan- pelanggan yang mengambil bahagian mempunyai peluang untuk memenangi jumlah hadiah tunai lebih daripada RM2 Juta.

Kempen promos i ini menerima pakai pendekatan tambah nilai dari segi nilai hadiah bagi tempoh selama 6 ½ bulan untuk menggalakkan pelanggan-pelanggan supaya simpan lebih bagi tempoh yang lebih lama, oleh kerana hadiah tunai yang lebih lumayan akan ditawarkan bagi bulan-bulan kemudian.

Tambahan pula, peruntukan penyertaan pertandingan adalah berdasarkan konsep ‘Siapa Cepat Dia Dapat’ oleh kerana lebih banyak penyertaan akan diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang lebih awal menyertai kempen ini.

Kempen ini dibuka kepada pelanggan-pelanggan individu yang baru dan sedia ada. Sebanyak 68 hadiah tunai dan berjumlah lebih daripada RM2 juta akan dihadiahkan kepada pemenang-pemenang utama dan bulanan.

Dua hadiah utama di bawah Kempen ‘U $ave V Reward’ ini ialah hadiah tunai berjumlah RM188,800 bagi setiap pemenang.

Nilai tunai bagi hadiah-hadiah penting yang lain ialah masing-masing sebanyak RM108,800, RM88,800 dan RM68,800 bagi 2 pemenang di bawah kategori pertama, kedua dan ketiga. Cabutan bulanan termasuk 10 pemenang bagi setiap bulan dengan hadiah tunai dari RM6,800 bagi setiap pemenang pada bulan April 2011 hingga RM36,800 bagi setiap pemenang pada bulan September 2011.

Pelangganpelanggan juga akan diberikan Kad PB Day2 Day (Kad ATM serta Debit) dengan pengecualian fi bagi tahun pertama. Untuk menyertai kempen ini, pelanggan-pelanggan tidak dikehendaki untuk mengisi atau menghantar apaapa borang oleh kerana pelanggan- pelanggan yang teleh memenuhi kriteria kelayakan akan terus diberikan satu penyertaan pertandingan.

Setiap akaun simpanan atau semasa yang dibuka dengan Baki Kredit Purata Bulanan masing-masing sebanyak RM1,000 dan RM3,000 akan layak untuk satu penyertaan pertandingan.

Tambahan pula, setiap pertambahan bersih seterusnya sebanyak RM1,000 dalam akaun-akaun pelanggan-pelanggan akan juga melayakkan pelanggan untuk penyertaan pertandingan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, pelanggan- pelanggan dijemput lawati cawangan Public Bank mereka yang terdekat, hubungi telefon percuma 1-800-22- 9999 semasa waktu kerja, atau layari laman web Public Bank di www.pbebank.com.