Rakyat diingatkan analisis PR yang tidak sehaluan bahagi kerusi

BINTULU: Rakyat diingatkan agar menganalisis tindakan Pakatan Rakyat (PR) Sarawak yang saling tidak sehaluan dalam pembahagian peruntukan kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, rakyat perlu berfikir sebaiknya sebelum menggadai masa depan mereka dan anak-anak mereka kepada ahli politik sebegini.

Justeru Chin mengingatkan rakyat agar memikir sedalam-dalamnya sebelum membuat pilihan calon yang betul yang akan mewakili mereka dalam kerajaan semasa pilihan raya negeri kelak.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program ceramah motivasi yang berlangsung dua hari anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu di Highland Seafood Restaurant kelmarin.

Dalam perkembangan lain katanya, dengan kerja keras dan sokongan majoriti daripada pengundi Bumiputera yang lebih gemar untuk menyokong Barisan Nasional (BN) meskipun kita tidak mengabaikan akan kepentingan pengundi Cina, BN mampu memenangi semula kerusi Kidurong.

Beliau berkata, jumlah pengundi baru di konstituensi Kidurong menunjukkan pecahan pengundi Cinanya adalah 52.17 peratus dan selebihnya adalah pengundi Bumiputera.

Katanya, ahli-ahli parti tidak seharusnya mempunyai tanggapan yang pengundi muda Cina lebih propembangkang.

“Jika kita bercakap kepada mereka dan menjelaskan kepada mereka mengenai fakta dan sumbangan BN, mereka akan menyokong BN,” katanya.

Chin berkata,  untuk memenangi kembali kerusi Kidurong bukanlah satu tugas berat berdasarkan kepada rekod baik yang dicapai oleh BN.

Beliau menggambarkan BN sebagai sebuah parti politik berjenama yang bergabung dengan 13 parti komponen lain di seluruh negara.

“Bermula semasa kemerdekaan hingga sekarang, ia terus mentadbir negara dan bersama dengan BN Negeri mentadbir negeri Sarawak,” katanya.

Begitupun Chin menasihati ahli parti agar tidak berasa lemah semangat berikutan kekalahan kepada pembangkang dalam dua pilihan raya yang lepas di kerusi Kidurong.

“Memenangi kembali kerusi daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam pilihan raya negeri ini adalah tugas setiap ahli parti (SUPP),” katanya.

Beliau berkata, tugas pertama ahli parti adalah perlu meningkatkan moral dan keyakinan mereka sebelum keluar berkempen serta perlu menerap semangat kerjasama dan rasa memiliki terhadap parti.

“Sekiranya tiada perpaduan antara anda serta semangat kerjasama adalah sukar untuk anda berlawan di setiap pertempuran,” katanya.

Beliau yang juga setiausaha SUPP menggambarkan konsep 1Malaysia sebagai kempen dan alat terbaik untuk ahli-ahli memenangi sokongan dan penerimaan daripada pengundi.

Katanya, konsep 1Malaysia seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu refleksi keikhlasan untuk mewujudkan keadilan dan kesamarataan untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama dan kepercayaan dalam pembangunan arus perdana.

Turut berucap dalam majlis itu Pengerusi SUPP Cawangan Bintulu Henry Ling Kuong Meng dan pengerusi penganjur James Wong.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of