Site Last Updated 2:33 am, Friday

RHB Bank buka cawangan di pekan Sungai Merah

Posted on March 28, 2011, Monday

SIBU: RHB Bank akan membuka cawangan barunya di pekan Sungai Merah di sini pada 29 Mac ini (esok) jam 9 pagi.

Majlis prapelancarannya dijangka akan disempurnakan oleh Pengurus Kawasan Tengah Sarawak RHB Bank Yong Ung Kwong. RHB Bank Cawangan Sungai Merah itu akan diuruskan oleh Miranda Ling Kuok Nguk selaku pengurus cawangan, yang mempunyai pengalaman 25 tahun dalam sektor perbankan. Di Sibu, RHB Bank turut mempunyai cawangan di Jalan Tuanku Osman. Sempena majlis prapelancarannya, pameran tentang produk bank tersebut akan diadakan manakal jamuan turut dihidangkan kepada orang ramai yang hadir. Justeru, penduduk setempat dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis prapelancaranbank itu nanti.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.