Sokongan Jawah dan abangnya pastikan Batang Ai sukar dirampas pembangkang

KUCHING: Sarawak dijangka mem­punyai lebih banyak Balai Bomba dan Penyelamat serta kemudahan untuk menyelamat dalam usaha meningkatkan keselamatan awam.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata memandangkan Sarawak negeri besar dan sesetengah tempat sukar dicapai, maka penambahan balai bomba merupakan satu langkah yang wajar dilaksanakan.

“Justeru di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dijangka ada tiga balai bomba baru yang akan ditubuhkan di Sarawak.

“Selain itu kita juga merancang untuk menambah Balai Bomba Mini dengan menumpukan kawasan jauh serta tidak dapat dicapai menggunakan jalan raya atau sungai yang mungkin memerlukan masa agak lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang dihadiri Pengarah JBP Negeri Ahmad Shahabuddin di sini, semalam.

Jelas Lajim penubuhan balai bomba mini yang disifatkan jimat kos itu akan dibantu oleh sukarelawan.

Beliau turut memberitahu, kemente­rian juga kini dalam usaha untuk mendapatkan sebuah helikopter JBPM masing-masing untuk Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

“Ia membuktikan bahawa kerajaan amat serius tentang keselamatan kebaka­ran walaupun dalam ekonomi yang agak lembap,” tegasnya.

Sehingga kini terdapat sebanyak 258 buah Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia dan pada tahun 2010 JBPM telah mula melaksanakan 15 buah projek baru di seluruh negara.

Lajim dalam pada itu mengingatkan kepada Jabatan Bomba agar sentiasa be­rada dalam siapsiaga dari segi fizikal dan mental, ilmu pengetahuan dan kemahiran dan bertindak dengan cepat selain mesra pelanggan.

Jelasnya ia kerana cabaran utama yang dihadapi mana-mana perkhidmatan bomba ialah untuk sampai ke tempat kecemasan dalam masa sesingkat yang mungkin.

“Lebih cepat kita sampai ke tempat kecemasan, lebih tinggi peluang kita menyelamatkan nyawa dan harta benda,” kata beliau.

Sementara itu Ahmad dalam ucapannya berkata Sarawak mencatatkan statistik kebakaran sebanyak 950 kes pada tahun 2010.

Ia katanya terdiri daripada 299 ke­bakaran melibatkan bangunan, 313 melibatkan kebakaran belukar dan 338 kebakaran lain-lain (mesin, jentera dan sebagainya).

“Bagi statistik kerja-kerja menyelamat Sarawak pada tahun 2010 sebanyak 262 operasi khas yang melibatkan mencari dan menyelamat sementara 89 aktiviti menyelamat di perairan dan kemalan­gan,” katanya.

Beliau turut memberitahu dalam usaha meningkatkan mutu JBP Negeri, banyak perancangan yang akan dilakukan ter­masuk meningkatkan fokus khas kepada anggota dan masyarakat setempat.

Selain itu mewujudkan pasukan bomba sukarela di air yang menggunakan bot.

“Ia kerana terdapat banyak kawasan-kawasan di Sarawak khasnya perkam­pungan di tepi sungai tiada jalan raya.

Kita juga akan meningkatkan kempen keselamatan kebakaran di setiap sudut,” kata beliau sambil menambah kata jabatan juga akan meningkat jumlah pasukan bomba sukarela.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of