K’jaan mungkin akan pulangkan tanah NCR yang diwartakan kepada penduduk di Tasik Biru

0

BAU: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru kini boleh menaruh harapan berhu-  bung pemulangan semula ta-nah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang telah diwartakan sebagai tanah simpanan ke-rajaan.

Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian memberitahu permohonan penduduk di kostituensi berhubung perkara tersebut te-lah dikemukakan kepada ke-rajaan dan kini dalam proses penilaian.

“Pemilik tanah di sepanjang persimpangan Kampung Opar dan Kampung Grogo telah memohon kerajaan untuk melepaskan tanah mereka daripada Seksyen 5 (3) (4) Kanun Tanah Sarawak 1958.

“Saya telah mengemukakan perkara itu kepada pihak yang berkenaan serta menteri yang berkuasa ke atas perkara itu dan kini ia dalam proses pe-nilaian dan mereka telah memberi respon yang positif berhubung perkara itu,” kata-nya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Surat Hak milik Tanayh Kampung Tradisi dan Pelancaran Pe-nyukatan Tanah NCR Inisiatif Baru bagi Kampung Si-buluh dan Kampung Grogo.

Beliau yang mewakili Men-teri Perancangan dan Peng-urusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam, Datuk Amar Awang Tengah Ali  Hassan dalam majlis tersebut berkata tanah seluas 40.411 hektar itu sepatutnya telah diwartakan sebagai Zon Ke-     institusian Kerajaan Bau pada tahun 1988.

“Kerajaan telah merancang untuk membina bangunan kerajaan di sana tetapi rakyat kita di sana tidak mahu kerajaan berbuat demikian dan mahu tanah itu dibebaskan daripada Seksyen 5 (3) (4),” katanya.

Nansian yang juga penyandang bagi Kerusi DUN Tasik Biru turut memberitahu kawasan Gunung Singai juga telah diwartakan sebagai tanah simpanan kerajaan pada tahun 1977.

“Penduduk di sana (Kawasan Singai) mahu semua tanah NCR mereka yang telah diwartakan sebagai tanah simpanan kerajaan dipulangkan kepada mereka dan kerajaan juga telah memberi respon yang positif berhubung per-kara itu cuma kini kita perlu menunggu pengumuman sahaja,” katanya.

Beliau bagaimanapun dalam sidang media tersebut memberitahu sebab utama kerajaan mewartakan tanah ter-sebut adalah untuk meng-elakkan tanah itu dieks-ploitasikan.

“Sebenarnya ada baiknya kawasan ini diwartakan oleh kerjaan kerana ia dapat menghalang pihak-pihak tertentu ‘kacau’ tanah ini kerana jika kerajaan tidak menjaga tanah ini sudah pasti ada orang yang akan ‘kacau’ tanah ini,” katanya.

Terdahulunya Nansian dalam ucapannya mengingat-kan rakyat untuk memilih wakil rakyat berdasarkan     kepada keperluan untuk menjamin pembangunan yang berterusan.

Tambah beliau lagi, isu-isu berkaitan dengan peribadi calon-calon pada pilihan raya nanti tidak perlu disentuh bagi mengelakkan berlakunya  masalah-masalah yang boleh menjejaskan.

“Kalau ada masalah, kita boleh duduk berbincang dan jangan sampai bergaduh,” katanya.