Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Laluan pejalan kaki runtuh, tujuh murid SK St Mary cedera

Laluan pejalan kaki runtuh, tujuh murid SK St Mary cedera

Posted on April 20, 2011, Wednesday

RUNTUH: Laluan pejalan kaki SK St Mary yang runtuh pagi semalam.

SIBU: Tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sibu selepas laluan pejalan kaki kayu menuju ke bilik makmal sekolah itu runtuh, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 pagi sejurus bermula sesi kedua pembelajaran selepas waktu rehat.

Setiausaha Lembaga Peng-urusan Sekolah Vincent Tang berkata, ketika kejadian sekumpulan murid termasuk guru kelas sedang mengguna-kan laluan berkenaan apabila ia tiba-tiba runtuh.

“Kita percaya, punca kejadian ialah laluan berkenaan tidak dapat menampung muatan berlebihan dan terlalu ba-nyak barangan ditempatkan di situ, termasuk almari,” ujar beliau ketika ditemui semalam.

Bagaimanapun, ujar beliau, kejadian itu tidak mempe-ngaruhi struktur bangunan sekolah yang lain dan para ibu bapa tidak perlu risau me-ngenai keselamatan anak-anak mereka.

Menurut Vincent, pihak lembaga sekolah bercadang untuk membina laluan se-mentara di kawasan runtuh, sementara menunggu bangunan sekolah yang baru siap.

Bangunan baru sekolah berkenaan yang menelan kos kira-kira RM2 juta dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai insiden itu.

Print Friendly

Comments are closed.