Site Last Updated 2:37 pm, Tuesday

UiTM berusaha tawar lebih banyak program tepati SCORE

Posted on April 20, 2011, Wednesday

KUCHING: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak kini dalam proses menawarkan lebih banyak program yang menepati permintaan pasaran kerja khasnya di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Rektor UiTM Sarawak Prof. Dr Jamil Hamali berkata, perancangan itu adalah selaras dengan hasrat UiTM untuk sentiasa seiringan dengan kerajaan negeri dalam menyediakan tenaga kerja yang diperlukan di SCORE.

“Kita berharap dapat memperkenalkan kursus-kursus baru yang semestinya selari dengan pelaksanaan SCORE bagi memacu pembangunan dan kemajuan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis makan malam Pra Graduan UiTM Sesi Disember hingga April 2011, malam kelmarin. Majlis itu diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Hadir sama ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Madya Wan Akil Tuanku Abdullah, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Prof. Madya Dr Rosita Suhaimi dan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri Prof Madya Dr Rasidah Mahdi.

Majlis turut menyaksikan upacara penyampaian anugerah dan hadiah kepada seramai 19 pelajar terbaik semester Jun – November 2010, empat pelajar terbaik semester Julai – November 2010 dan dua pelajar terbaik keseluruhan semester Julai – November 2010.

Pelajar terbaik keseluruhan semester Julai – November 2010 dirangkul oleh Nabila Shafiqah Dabimel Mohd Saifullah dan Randy Raymond.

Bagi semester Jun – Julai 2010, penerima terdiri daripada Aimi Athirah Abdullah, Ricky Danielson Naing, Felicia Pukan Daniel, Kathleen Sukim, Siti Khatijah Suaaidi, Mohd Al Fitri Mohd Leo, Nuratiqah Mohd Fuzi, Albert Dickson, Florence Datu, Siti Rahimah Batcha, Hairunnisa Affandy, Mazmillan David, Nabila Shafiqah Dabimel Mohd Saifullah, Nur Erni Aqilah Ismail, Adlin Baizura Ariffin, Ain Najhan Badrulamin, Catherine Lawai, Sofia Jahari dan Mohd Ismail Amran.

Sementara semester Julai – November 2010 terdiri daripada Siti Haziamah Benga, Rhohnniza Amira @ Ammega, Alesia Sigang Gugkang dan Randy Raymond.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.