UNIMAS anjurkan Persidangan Nasional Sains Sosial, 20-21 April

0

KOTA SAMARAHAN: Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan Persidangan Nasional Sains Sosial 2011 bermula pada 20 hingga 21 April 2011 di Dewan Pengajaran Sentral (CTF) 1, Kampus Barat UNIMAS.

Bertemakan ‘Ke Arah Masa Depan Lestari’, persidangan dijangka akan dirasmikan oleh Naib Canselor Unimas Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

Persidangan selama dua hari itu menyasarkan mengenai pembangunan dan penyelidikan lestari selain menjadi platform terbaik kepada para akademik dan profesional mengetengahkan hasil dan idea mereka dalam peraturan sains sosial.

Persidangan turut menawarkan platform berkongsi maklumat dan rangkaian dikalangan akademik dan profesional.

Menurut ahli sekretariat persidangan, Awang Mashabi Awang Mohamad, skop persidangan termasuklah bidang Isu Buruh dan Pekerjaan, Jantina dan Pembangunan, Kemiskinan, Komuniti dan Memperkasakan, ‘Sumber Manusia dan Sosial’ dan Komunikasi dalam Masyarakat Kontemporari.

“Dengan pelbagai topik menarik yang diramgkumi, program persidangan terbahagi kepada ucaptama dan sesi perbandingan (paralleh sesion),” tambahnya.

Bertajuk ‘Polisi Pertandingan dan Kebajikan Sosial’, ucap tama akan disampaikan oleh Profesor Dr Rajah Rasiah, Profesor Dasar Teknologi dan Inovasi di Universiti Malaya.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila hubungi Awang Mashabi Awang Mohamad di talian 019-889 7455.