Sin Thye tawar produk binaan dan hiasan rumah untuk tambah tarikan

0

SEMOGA BERKEMBANG: Tetamu yang hadir merakam gambar kenangan di hadapan premis Sin Thye Hardware yang baru dirasmikan, semalam.

SARIKEI: Pemilihan padanan warna yang tepat dan ditambah dengan aksesoris bahagian dalaman dan luaran rumah yang menarik akan menambah keceriaan suasana sebuah rumah kediaman dan bangunan.

Pengarah Pengurus Sin Thye Hardware Sdn. Bhd., Lau Hieng Moon berkata, permintaan dan pertumbuhan ekonomi pembinaan perumahan yang meningkat dari semasa ke semasa telah menyebabkan dirinya mencuba untuk menceburi dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang berasas bahan binaan yang berkaitan dengan perkara tersebut.

“Seperti yang kita sedar pada masa sekarang rumah kediaman ataupun bangunan merupakan satu aset atau satu pelaburan yang boleh menjamin pulangan yang lumayan kepada pelaburnya.

“Selain daripada kedudukkan yang strategik, hiasan dan warnanya juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan hasil tersebut mampu mencuri tumpuan dan menarik minat seseorang untuk mendapatkannya.

“Oleh yang demikian bidang perniagaan yang berasaskan barangan seperti cat, perkakas elektrik, hiasan dalam rumah dan beberapa perkara yang berkaitan mempunyai pasaran yang terjamin terutamanya di masa hadapan,” kata Lau.

Tambahnya, penubuhan pusat perniagaan Sin Thye Hardware ini diharap akan dapat memberikan perkhidmatan dan menampung keperluan masyarakat setempat dalam perkara yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sewaktu di temui oleh pemberita di lokasi perniagaan yang baru dirasmikan pada semalam yang bertempat di Jalan Pinang Laka, Sarikei.

Menurutnya, premis perniagan tersebut telah dibuka dan memulakan kegiatan perniagaan sejak sebulan yang lepas.

“Bermula dari 25 April hingga 15 Mei premis kita akan mengadakan promosi Gawai dan menawarkan harga diskaun yang menarik dan rendah pada tempoh tersebut.

“Antara barangan yang kita tawarkan diskaun ialah cat rumah, barangan elektrik dan perkakas dapur, peralatan bilik mandi dan banyak lagi yang lain.

“Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang menarik itu kita menyeru dan mengajak semua warga Sarikei serta sesiapa yang berminat untuk datang sendiri ke kedai kami dan membuat pilihan dengan sendiri barangan yang mereka minati kerana kita menjanjikan perkhidmatan dan barangan yang berkualiti kepada mereka,” ujar Lau.

Di majlis yang sama juga, Pengurus Trans Paint, Joseph K.H Lau yang dijemput khas ke majlis perasmian tersebut berkata, premis Sin Thye Hardware telah dilantik menjadi agen menjual dan memasarkan cat yang berjenama Trans Paint.

“Sebagai menyokong perlantikan ini pihak kita menyediakan satu mesin pengimbas cat untuk ditempat di kedai ini bagi membolehkan para pelanggan memilih sendiri jenis-jenis cat yang ada pada produk kita.

“Sebanyak 6,000 kombinansi warna yang dapat dilihat pada mesin tersebut dan pelanggan mempunyai kelebihan untuk memilih warna mengikut kesukaan mereka dan di samping itu juga kita turut menyediakan khidmat nasihat dan panduan kepada mereka dalam memilih cat berdasarkan bentuk rumah dan kedudukan di mana mereka akan menggunakan cat terbabit mengikut kesesuaiannya,” kata Joseph.

Pada hari perasmian tersebut sekitar 200 orang pelanggan telah hadir mengunjungi premis terbabit untuk melihat dengan sendiri produk yang terdapat pada premis Sin Thye Hardware.

Rata-rata mereka yang hadir ke premis tersebut menyatakan kebanyakkan barangan yang terdapat di premis itu mempunyai kelas yang tersendiri dan harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan kualiti barangan.

HARGA BERPATUTAN: Sebahagian daripada barangan yang ditawarkan harga diskaun sempena Promosi Gawai.