Peserta Pertandingan Dayung Pimaguh Bisapug boleh mendaftar Sabtu ini

0

KUCHING: Gadis Bisapug yang ingin menyertai Pertandingan Dayung Pimaguh Bisapug (Kumang Gawai 2011) yang diadakan pada 30 April ini (Sabtu) juga boleh mendaftar pada hari berkenaan.

Pertandingan anjuran Persatuan Bisapug Sarawak (SBA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Mundai itu akan diadakan di dewan serba guna Kampung Mundai pada jam 6.30 petang.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, objektif utama acara itu diadakan bagi mempromosikan budaya Bisapug Bidayuh.

Pemenang pertandingan terakhir yang diadakan pada tahun 2009 ialah Livonia Ricky, yang kemudiannya menjadi juara Miss Borneo 2010 dan juga juara program realiti Pilih Kasih (Musim 2) awal tahun ini.

Pemenang Pertandingan Dayung Pimaguh Bisapug akan membawa pulang wang tunai RM500 sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi wang tunai RM300 dan RM200.

Sagu hati turut akan diberikan kepada peserta lain.

Pemenang juga secara automatik menjadi salah seorang daripada 10 finalis yang mewakili komuniti Bisapug untuk Biatah Kumang Gawai yang diadakan di Siburan pada 7 Mei.

Gadis Bisapug yang masih bu-jang, bijak, menawan dan berusia antara 17 hingga 28 tahun dipelawa menyertai Pertandingan Dayung Pimaguh Bisapug 2011 (Kumang Gawai 2011) yang diadakan pada 30 April ini.

Syarat penyertaan pertandingan ialah peserta hendaklah gadis Bisapug yang masih bujang (dari Kampung Mundai, Kampung Simpok, Kampung Sarig dan Kampung Pesa).

Peserta bertanggungjawab menyediakan alat solek dan pakaian tradisional sendiri.

Pengerusi penganjur acara ialah Albert Wilson yang juga naib presiden SBA.

Bertindak sebagai penasihat Paul Kawin Pipo (presiden) dan Albert Tanon (timbalan presiden).

Borang penyertaan boleh didapati daripada ketua kam-pung masing-masing atau hubungi Ngu Fung Ling di talian 019-894 9377.