Projek konservasi Gereja St George siap sepenuhnya

GEORGE TOWN, 30 April -- Bangunan gereja St. George, berusia 195 tahun telah dibina pada tahun 1816. Gereja itu adalah Gereja Anglikan tertua di Asia Tenggara dengan senibinanya menggabungkan seni bina Georgian Neo-classical dan Greek. Bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) kerana kepentingan bangunan dari aspek sejarah, sosial dan senibinanya. foto BERNAMA

JABATAN Warisan Negara (JWN) Sabtu lepas menyerahkan secara rasmi projek konservasi Gereja St George, di George Town yang siap sepenuhnya pada November tahun lepas kepada pihak gereja.

Kunci replika simbolik disampaikan oleh Pesuruhjaya Warisan Prof Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid kepada Bishop of West Malaysia, Ng Moon Hing.

Penyerahan itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz.

Maglin ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata kerajaan memperuntukkan RM1.84 juta untuk projek konservasi gereja berkenaan.

Beliau berkata lebih RM4 juta diperuntukkan untuk konservasi bangunan-bangunan di Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sementara itu, Ng berkata beliau gembira kerana projek itu siap sepenuhnya dan boleh digunakan setelah ia ditutup untuk kerja-kerja membaikpulih.

“Peruntukan RM1.84 juta itu adalah untuk kerja membaikpulih bangunan yang dilakukan oleh kontraktor manakala kerja-kerja menghias gereja termasuk meletakkan perabot dilakukan oleh pihak gereja,” katanya.

Kerja membaik pulih gereja yang berusia 195 tahun itu dimulakan pada 1 April tahun lepas dan siap pada November tahun yang sama.

Gereja St George adalah Gereja Anglikan tertua di Asia Tenggara dengan seni binanya menggabungkan seni bina Georgian Neo-classical dan Greek.

Bangunan gereja itu diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan pada 2007 oleh JWN kerana kepentingan bangunan dari aspek sejarah, sosial dan seni binanya. — Bernama

What do you think of this story?
  • Great (100%)
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of