Totti pintas rekod jaringan gol Baggio

0

ROM, Itali: Kapten AS Roma, Francesco Totti naik ke tangga kelima penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam Serie A Itali apabila menjaringkan dua gol ketika menewaskan Bari 3-2 di tempat lawan Ahad lepas.

Gol ke-205 dan 206 beliau itu membolehkan beliau mengatasi bintang legenda Itali, Roberto Baggio dalam senarai penjaring gol dan Totti tidak mempunyai hasrat untuk berhenti setakat itu sahaja.

“Raja Rom belum mati dan beliau tidak akan mati,” kata Totti kepada Sky Sport.

“Saya tahu apa yang boleh saya berikan kepada pasukan saya. Saya gembira kerana saya mencipta satu lagi rekod baru dan seorang lagi pemain legenda seperti Baggio. Saya berharap untuk mengekalkan tahap ini.”

Totti menjaringkan gol pertama dari satu tendangan percuma dan kemudian menjaringkan satu lagi gol dari satu tendangan penalti pada minit ke-57, kedua-duanya gol untuk mengikat kedudukan buat Roma.

Dan ia mungkin lebih baik sekiranya beliau tidak merembat tendangan penalti kedua ke palang gol pada minit ke-79.

Bagaimanapun, hari menggembirakan itu tidak dikecewakan apabila Aleandro Rosi menjaringkan gol kemenangan Roma, lima minit dalam masa tambahan.

Ia juga membolehkan Roma hanya kurang satu mata di belakang Lazio untuk saingan tempat terakhir kelayakan Liga Juara-Juara di tangga keempat, walaupun Lazio boleh menjarakkan kedudukan dengan empat mata jika menewaskan Juventus pada perlawanan keesokannya (Isnin). — AFP