Aziz sokong Masing persoal kewajaran PPP ke Sarawak

0

KUCHING: Ketua Pene-rangan Pemuda PBB Aziz Adenan menyokong kenya-taan Presiden PRS Dato Sri Dr James Masing yang mempersoalkan kewajaran Parti Progresif Penduduk (PPP) melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Katanya sebagai sebuah parti komponen BN, PPP seharusnya tidak membuka cawangan di Sarawak dan tidak menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan parti-parti komponen BN Sarawak.

“Dalam konteks memeli-hara semangat perpaduan dalam Barisan Nasional, saya tidak nampak alasan yang munasabah untuk PPP meneruskan kehadirannya di Sarawak,” katanya.

Malah menurut beliau, sedangkan Umno sebagai tulang belakang BN, tidak mengembangkan sayapnya di Sarawak.

Pada Selasa lepas, Masing memberitahu Utusan Borneo menerusi SMS: “Memang tidak wujud persoalan tentang PPP membuka keahlian di Sarawak. Tetapi sebagai anggota BN, adakah tindakan itu adil?”

Menteri Kemajuan Tanah itu diminta mengulas mengenai satu laporan mengatakan PPP akan merekrut keahlian lebih agresif sebagai persiapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.