Site Last Updated 5:02 pm, Wednesday

12 unit kedai kayu lama di Pasar Sebangan ranap dalam kebakaran

Posted on May 27, 2011, Friday

MARAK: Deretan kedai di Pasar Sebangan hangus dijilat api.

SEBUYAU:Dua belas unit  kedai kayu lama di Pasar  Sebangan ranap dalam kebakaran  yang berlaku awal  pagi semalam.

Insiden yang berlaku  sekitar jam 5.15 pagi itu  menyebabkan 31 mangsa hilang  tempat tinggal termasuk  dua bayi kembar berusia dua  bulan.

Namun, insiden itu tidak  melibatkan kemalangan  jiwa yang membabitkan  empat kedai kopi, tujuh  kedai runcit dan sebuah  rumah tumpangan hangus  dijilat api.

Kebakaran i tu juga  menyebabkan kerosakan  sebuah Perpustakaan Mini  Sebangan yang terletak  tidak jauh dari deretan kedai  berkenaan.

Insiden kebakaran itu  dikatakan bermula dari kedai  kopi terletak di bahagian  hujung yang diusahakan  oleh Penghulu Hamdan  Ismail, 65, yang tersedar selepas  mendengar seseorang  mengejutkannya.

“Apabila saya membuka  pintu kedai saya untuk  melihat apa yang terjadi,  tiba-tiba saya ternampak api  keluar dari bahagian kedai  saya dan beberapa keluarga  lain berlari menyelamatkan  diri mereka.

“Saya kemudi annya  bergegas mengejutkan cucu saya berusia 16 tahun sebelum  kami melarikan diri  dari kebakaran itu,” kata  Hamdan ketika ditemui di  tempat kejadian.

Seorang lagi pemilik kedai  kopi, Liew Huei Ting berkata,  dia tidak sempat menyelamat  barangan lain selain  memikirkan untuk menyelamatkan  anak kembarnya  berusia dua bulan.

“Saya hanya sempat membawa  tin susu dan botol  susu bayi semasa melarikan  diri manakala suami saya  menolong anggota keluarga  lain keluar dari kedai kami  yang turut terbakar,” kata  Liew yang baru berpindah  ke Sebangan lima tahun lalu  selepas mendirikan rumah  tangga.

Manakala seorang lagi  mangsa pemilik kedai runcit  Lee Siok Seng mengatakan  dia mengalami kerugian  lebih daripada RM2 juta  akibat insiden itu.

“Tiada apa yang dapat  diselamatkan lagi semasa  kebakaran itu berlaku,”  katanya.  Sementara itu, Ketua Balai  Bomba dan Penyelamat  Simunjan Jamali Terang  berkata, pihaknya menerima  panggilan kecemasan sekitar  jam 5.38 pagi dan kemudiannya  bergegas ke tempat  kejadian yang dianggotai  oleh sembilan anggota yang  terletak sekitar 45 KM.

“Kami tiba sekitar jam  6.15 pagi dan menggunakan  sumber air dari sungai yang  berdekatan untuk mengawal  api yang sedang marak.

“Keadaan dapat dikawal  pada jam 7.30 pagi sebelum  api dapat dipadamkan sejam  kemudian,” kata Jamali sambil  menambah ahli anggota  penyelamat tidak mengalami  sebarang kesulitan ketika operasi  memadam dijalankan.

Tambahnya, sekumpulan  15 bomba sukarelawan dari  Sebuyau bersama 23 anggota  RELA dari Kampung Lutong  dan Kampung Tungkah  Melayu turut menghulurkan  bantuan semasa operasi memadam.

Beliau turut menganggarkan  kerugian sebanyak  RM6.75 juta akibat kebakaran  itu.  Kesemua mangsa ditempatkan  sementara di SJK(C)  Chung Hua Sebangan.

Selain itu, Ahli Dewan  Undangan Negeri (ADUN)  Sebuyau Julaihi Narawi turut  mengadakan lawatan ke  tapak kejadian dan sempat  menghulurkan sumbangan  kepada ahli keluarga yang  terjejas.

Julaihi berkata, pihaknya  akan berusaha membantu  mangsa-mangsa agar dapat  meneruskan aktiviti harian  mereka seperti biasa.

“Kami akan berbincang  dengan beberapa pihak agar  mereka ini dapat meneruskan  perniagaan seperi biasa di  tempat sementara sebelum  kedai-kedai mereka siap dibina  semula nanti,” katanya  di sini semalam.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.