Subsidi bahan api dikaji semula jika harga minyak cecah as$110-as$120 setong

0

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji semula subsidi bahan api sekiranya harga mi-nyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Semalam kerajaan memutus-kan untuk mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) buat masa ini.

“Kita tahu pada masa ini, banyak benda lain juga meningkat, termasuk harga makanan dan perumahan. Jadi kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan (harga bahan api),” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Stan-dard Financial Planner Sdn Bhd di sini semalam.

Selain itu, keputusan berke-naan juga berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong sehingga pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini, kata Lim dan menambah yang kerajaan sentiasa memantau pasaran minyak mentah.

Beliau berkata jika harga minyak terus meningkat, kerajaan akan berbelanja lebih terhadap subsidi, yang akan membawa kepada defisit lebih tinggi dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

“Apabila kita (kerajaan) me-rancang belanjawan tahun ini, kita melihat pada harga mi-nyak antara AS$85 dan AS$90 setong.

“Sudah tentu jika (harga minyak) turun di bawah AS$100 setong, kerajaan berkemungkinan tidak melakukan apa-apa kerana kita boleh mencari cara untuk menanganinya. Tetapi jika melangkaui AS$110, barulah kita menimbangkan (beberapa langkah) memandangkan ia boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi,” kata Lim. — Bernama