Site Last Updated 10:41 pm, Friday

Pendaftaran pengundi baru agresif: SPR

Posted on June 1, 2011, Wednesday

Pendaftaran dilakukan parti-parti politik mencatat 115,989 pengundi baru pada Mac lepas

KUALA LUMPUR: Pendaftaran pengundi baru yang dilakukan oleh parti-parti politik adalah agresif dengan mencatat 115,989 pengundi baru pada Mac lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, pendaftaran itu dilakukan oleh 5,686 penolong pendaftar pemilih bagi wakil parti-parti politik di seluruh negara yang dipantau SPR setiap bulan.

Memberitahu Bernama, beliau berkata, SPR sendiri sudah mendaftar seramai  21,042 orang, iaitu pendaftaran baru seramai 15,726 orang manakala 5,316 orang bagi permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Pendaftaran itu dilakukan di kaunter statik, pejabat pilihan raya negeri menerusi program ‘outreach’ di mana SPR membuka kaunter pendaftaran di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar malam dan sebagainya.

Pendaftaran pemilih baru oleh penolong pendaftar pemilih di Pejabat Pos ialah seramai 17,942 orang manakala oleh wakil di jabatan kerajaan, universiti dan kolej seramai 25,000 orang.

Adul Aziz berkata, pe-ningkatan kepada jumlah pendaftaran pemilih selalu-nya  berlaku apabila hampir kepada tahun pilihan raya seperti Pilihan Raya Umum Ke-13 kali ini.

“Selepas pilihan raya ke-12 pada 8 Mac 2008, pendaftaran pemilih dalam tahun 2009 adalah paling rendah kerana pilihan raya akan datang diang-gap masih jauh lagi,” jelasnya.

Beliau berkata, kekerapan pilihan raya kecil sebanyak 16 kali yang diadakan sejak Mac 2008 juga mendorong kepada peningkatan jumlah mereka yang mendaftar sebagai pemilih.

“Mereka tengok di televi-syen, dengar di radio mengenai pilihan raya dan kempen-kempen oleh parti yang bertan-ding, begitu juga di dada-dada akhbar. SPR juga berkempen supaya orang daftar jadi peng-undi,” katanya.

Abdul Aziz berkata, rekod SPR menunjukkan bahawa jumlah pendaftaran pemilih baru meningkat daripada 157,327 orang bagi suku pertama tahun 2010 kepada 191,970 orang (suku kedua), 205,183 orang (suku ketiga) dan 331,264 orang (suku keempat).

“Kini terdapat 11,811,452 juta orang sudah berdaftar sebagai pemilih dan bakinya 3,973,032 juta atau 25.2 peratus masih belum berbuat demikian,” kata beliau. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.