Jumlah masyarakat Cina menyertai PDRM meningkat

0

TUGAS BARU: Komandan baru Pulapol Kuching, ACP Burhanuddin Abdul Majid memeriksa perbarisan semasa majlis penyerahan tugas jawatan komandan di Pulapol Jalan Puncak Borneo, Kuching semalam.

KUCHING: Jumlah masyarakat Cina menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat dengan sebahagian besar daripada mereka memohon jawatan detektif selepas tamat latihan.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM DCP Datuk Mortadza Nazarene menyatakan bahawa hasil kerjasama dengan MCA, lebih ramai pemuda Cina menyertai PDRM.

“Kami telah melakukan banyak perkara bersama MCA untuk menarik lebih ramai pemuda daripada kalangan masyarakat Cina menyertai polis dan ia telah memberi respons yang baik.

“Apa yang ditanya mereka ketika menyertai kami adalah sama ada mereka boleh menjadi detektif atau tidak,” katanya.

Mortadza berkata demikian semasa sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan tugas jawatan komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching di Jalan Puncak Borneo dekat sini semalam.

Katanya lagi, keengganan bukan Bumiputera menyertai polis hanyalah satu persepsi kerana kini jelas menunjukkan kebanyakan pegawai kanan seluruh negeri terdiri daripada kalangan masyarakat Cina.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai perkara itu kecuali menyatakan bahawa keengganan bukan Bumiputera menyertai polis adalah persepsi masyarakat umum.

Terdahulu, Mortadza mengingatkan polis supaya berusaha lebih gigih lagi untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka.

“Memandangkan dasar kerajaan yang tidak akan ada lagi penjawat awam baru baru, ia akan menjadi cabaran sebenar bagi kita untuk meningkatkan produktiviti dengan jumlah orang yang sama,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa penuh yakin bahawa Pulapol Kuching tidak akan mengalami masalah kerana komandan baru ACP Burhanuddin Abdul Majid merupakan seorang yang berpengalaman luas, terutama dalam mengendalikan sebuah pusat latihan.
“Saya percaya dengan pengalaman yang beliau miliki sebagai komanden dalam Pasukan Gerak Am (PGA) Pusat Latihan Ulu Kinta (Perak) sebelum ini, beliau mampu membawa Pulapol Kuching ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata, Burhanuddin telah berkhidmat di Sarawak pada 1978-1984 di Cawangan Khas yang pasti akan membolehkan beliau memahami persekitaran dan situasi di sini.

Pada majlis itu, Burhanuddin mengambil alih tugas baru sebagai komandan Pulapol Kuching daripada Komanden Superitenden Chew Tham Soon sambil disaksikan oleh Mortadza.KUCHING: Jumlah masyarakat Cina menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat dengan sebahagian besar daripada mereka memohon jawatan detektif selepas tamat latihan.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM DCP Datuk Mortadza Nazarene menyatakan bahawa hasil kerjasama dengan MCA, lebih ramai pemuda Cina menyertai PDRM.

“Kami telah melakukan banyak perkara bersama MCA untuk menarik lebih ramai pemuda daripada kalangan masyarakat Cina menyertai polis dan ia telah memberi respons yang baik.

“Apa yang ditanya mereka ketika menyertai kami adalah sama ada mereka boleh menjadi detektif atau tidak,” katanya.

Mortadza berkata demikian semasa sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan tugas jawatan komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching di Jalan Puncak Borneo dekat sini semalam.

Katanya lagi, keengganan bukan Bumiputera menyertai polis hanyalah satu persepsi kerana kini jelas menunjukkan kebanyakan pegawai kanan seluruh negeri terdiri daripada kalangan masyarakat Cina.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai perkara itu kecuali menyatakan bahawa keengganan bukan Bumiputera menyertai polis adalah persepsi masyarakat umum.

Terdahulu, Mortadza mengingatkan polis supaya berusaha lebih gigih lagi untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka.

“Memandangkan dasar kerajaan yang tidak akan ada lagi penjawat awam baru baru, ia akan menjadi cabaran sebenar bagi kita untuk meningkatkan produktiviti dengan jumlah orang yang sama,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa penuh yakin bahawa Pulapol Kuching tidak akan mengalami masalah kerana komandan baru ACP Burhanuddin Abdul Majid merupakan seorang yang berpengalaman luas, terutama dalam mengendalikan sebuah pusat latihan.
“Saya percaya dengan pengalaman yang beliau miliki sebagai komanden dalam Pasukan Gerak Am (PGA) Pusat Latihan Ulu Kinta (Perak) sebelum ini, beliau mampu membawa Pulapol Kuching ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata, Burhanuddin telah berkhidmat di Sarawak pada 1978-1984 di Cawangan Khas yang pasti akan membolehkan beliau memahami persekitaran dan situasi di sini.

Pada majlis itu, Burhanuddin mengambil alih tugas baru sebagai komandan Pulapol Kuching daripada Komanden Superitenden Chew Tham Soon sambil disaksikan oleh Mortadza.

Terdahulu, Mortadza mengingatkan polis supaya berusaha lebih gigih lagi untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka.

“Memandangkan dasar kerajaan yang tidak akan ada lagi penjawat awam baru baru, ia akan menjadi cabaran sebenar bagi kita untuk meningkatkan produktiviti dengan jumlah orang yang sama,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa penuh yakin bahawa Pulapol Kuching tidak akan meng-alami masalah kerana komandan baru ACP Burhanuddin Abdul Majid merupakan seorang yang berpengalaman luas, terutama dalam mengendalikan sebuah pusat latihan.