Site Last Updated 10:47 pm, Friday

Penglibatan persatuan dalam aktiviti kemasyarakatan harus dipergiatkan

Posted on June 14, 2011, Tuesday

TERUSKAN USAHA: Ding merakam kenangan bersama pihak penganjur program dan para penderma darah.

SARIKEI: Penglibatan persatuan dan pertubuhan dalam aktiviti kemasyarakatan harus dipergiatkan lagi terutama dalam memberikan kesedaran positif dalam sesuatu perkara.

Ahli Parlimen P208 Sarikei Ding Kuong Hiing berkata, usaha dan sumbangan yang diberikan oleh pihak ini amat dihargai khususnya yang memberi kebaikan kepada semua pihak.

Katanya, asyarakat dewasa ini harus mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab, khususnya yang memerlukan penglibatan semua pihak demi menjurus kepada kebaikan bersama.

“Kita harus ingat bahawa banyak insan lain di negara ini mengharapkan  sumbangan yang dihulurkan terutama berkaitan dengan darah.

“Seperti yang kita sedia maklum pada masa sekarang masih banyak tabung darah di hospital di negara kita menghadapi kekurangan bekalan darah.

“Keadaan ini memerlukan sumbangan masyarakat terutama dalam usaha menyelamatkan nyawa,” kata Ding.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri aktiviti Derma Darah anjuran Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Sarikei (PPHS) yang bertempat di Dewan Suarah Sarikei, semalam.

Seramai 93 orang yang menderma darah turut diberikan lima kilogram beras setiap seorang sebagai tanda penghargaan.

Menurut Ding, usaha pihak PPHS harus diberikan sokongan yang penuh dan diberi pujian kerana selama ini pihak PPHS begitu kerap menganjurkan program serupa tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Usaha sebegini harus dijadikan teladan oleh pihak lain dan jangan mengharapkan balasan apabila melakukan aktiviti sebegini kerana ia adalah untuk kebaikan bersama.

“Dengan kesempatan ini juga saya menyeru kepada semua persatuan dan pertubuhan agar bergiatlah dalam aktiviti yang memberi kesan postif kepada semua pihak serta menghindari daripada terlibat dengan mana-mana kegiatan yang tidak berfaedah,” tegas Ding.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.