19 orang termasuk adun pkr krian ditahan di Sarawak

0

KUCHING: Polis Sarawak semalam menahan 19 orang, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Ali Biju di Miri dan Bintulu semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata seorang lelaki ditahan kerana memakai baju-T kuning yang bertulisan ìBersihî di Miri pada pukul 12 tengah hari.

Di Bintulu, beliau berkata 18 orang termasuk ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali dan Ketua Cawangan Bintulu PKR, Paul Raja ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, di sebuah kedai kopi di kawasan komersil Parkcity pada pukul 2.15 petang.

“Kesemua yang ditahan diambil keterangan. Seramai 17 daripada mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala dua lagi terus ditahan polis.

“Dua lagi ditahan polis kerana memakai baju kemeja-T kuning bertulisan Bersih,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Antara yang dibebaskan ialah Ali.

Di Kuching, keadaan tenang walaupun kira-kira 30 penyokong dan 12 ADUN DAPyang berbaju kemeja-T kuning berkumpul dan bersarapan di sebuah kedai kopi diPusat Komersial Stutong di sini sejak pukul 8.30 pagi.

Sejam kemudian, 12 ADUN itu dibahagikan kepada empat kumpulan untukmengadakan pendaftaran pengundi di pusat komersial BDC, King Centre, Tabuan Jayadan Stutong.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata tiada kejadian yangtidak diingini dilaporkan di sekitar bandar raya Kuching.     — BERNAMA