Warga Filipina ditangkap kerana rogol adik ipar

1

SANDAKAN : Seorang lelaki warga Filipina didakwa merogol adik iparnya di sebuah rumah di kawasan setinggan Kampung Bukit Batu 2 ½ Jalan Utara, dekat sini pada malam Ahad berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, suspek berumur 32 tahun itu didakwa merogol adik iparnya berumur 25 tahun di bilik di rumah mereka di perkampungan setinggan berkenaan.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan telah masuk ke bilik mangsa lalu merogolnya. Mangsa telah berteriak meminta tolong dan makcik mangsa yang menyedari kejadian itu kemudiannya bertindak mengunci pintu rumah berkenaan dari luar.

Makcik mangsa telah meminta bantuan jiran berhampiran sebelum menghubungi pihak polis. Suspek kemudian berjaya ditangkap dan di bawah ke balai polis untuk siasatan dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Difahamkan semasa kejadian itu berlaku, isteri suspek telah pulang kampung.

Sementara itu dalam kes berasingan, pihak polis telah menahan empat lelaki kerana memukul seorang penunggang motosikal dengan sebatang besi di Kampung Gum-Gum Batu 16, di sini pada malam Ahad.

Dalam kejadian lebih kurang jam 10 malam, empat suspek itu telah naik berang dan membelasah mangsa ekoran motosikal yang ditunggangi oleh mangsa mengeluarkan bunyi bising.