Site Last Updated 12:05 pm, Sunday

Insiden wanita bogel beri ‘tuah’ kepada kaki judi

Posted on July 19, 2011, Tuesday

MIRI: Insiden seorang wanita warga asing yang menggemparkan penduduk bandar raya ini apabila berjalan dalam keadaan bogel turut membawa tuah kepada kaki judi apabila nombor pendaftaran salah sebuah kereta yang sempat didudukinya keluar dalam nombor ramalan empat ekor (4D) Sabtu lalu.

Sama ada ia tuah ataupun sekadar kebetulan, nombor kenderaan terbabit iaitu 1322 telah naik dalam keputusan nombor ramalan 4D Sabtu lalu meskipun hanya menawarkan hadiah sagu hati (RM60).

Menurut seorang kaki judi yang hanya dikenali sebagai Lai, sebaik dimaklumkan oleh seorang kawan yang ternampak insiden itu, terlintas di fikirannya untuk membeli nombor kereta berkenaan walaupun hanya RM1.

“Saya hanya membeli RM1 dan ternyata ia menang di bahagian sagu hati,” katanya dalam nada gembira.

Dalam kejadian Sabtu lalu, gadis berusia 25 tahun itu dan dipercayai berasal dari Amerika Latin telah menggemparkan orang awam apabila berjalan dalam keadaan bogel di sekitar Jalan Maju di sini.

Keadaan itu yang disifatkan sebagai pertunjukan bogel hanya berlangsung dalam tempoh lima minit sebelum polis tiba untuk menahannya dan membawa dia ke Balai Polis Pusat Miri.

Pun begitu, sehingga kini indentiti sebenar gadis terbabit dan punca dia bertindak sedemikian masih menjadi tanda tanya.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.